Kadar Fitrah Di Perlis Kekal RM6

by Fizz on August 9, 2010

KANGAR, 9 Ogos (Bernama) — Kadar zakat fitrah di Perlis tahun ini ditetapkan pada RM6 iaitu sama seperti tahun lepas.

Pengerusi Baitulmal Perlis Datuk Abu Bakar Ahmad berkata pihaknya telah melantik 106 amil bagi mengendalikan kutipan zakat fitrah sepanjang Ramadan ini.

Bagi memudahkan umat Islam di sini, amil berkenaan juga ditempatkan di lokasi tumpuan ramai termasuk pasar Ramadan selain di masjid-masjid, katanya kepada Bernama, di sini pada Isnin.

@ BERNAMA

{ 1 comment }

Program dedah keburukan peribadi orang

JAKARTA: Pihak berkuasa tertinggi Islam republik ini mengisytiharkan infotainment sebagai dilarang kepada penduduk Islam, dalam satu daripada tujuh fatwa, yang dikeluarkannya baru-baru ini.

“Infotainment adalah haram,” kata Ma’ruf Amin, Ketua Badan Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI).
“Gosip membabitkan pendedahan perincian memalukan kehidupan peribadi seseorang kepada umum adalah haram.”
Juga dilarang, katanya, ialah penerimaan berita infotainment, selain mendapat manfaat daripadanya.

“Mendapat keuntungan daripada penyiaran yang menjadi berita umum adalah haram.”

Bagaimanapun, Ma’ruf menjelaskan, ia tidak bermakna semua berita mengenai selebriti dilarang.

“Apabila ia diterbitkan untuk menguatkuasakan undang-undang, memerangi perzinaan, memberi amaran, melapor atau meminta bantuan, ia dibenarkan namun tidak disyorkan,” katanya.
Wartawan veteran Ilham Bintang, pengasas industri infotainment, berkata beliau tidak bimbang fatwa itu.

“Saya yakin apa yang dimaksudkan MUI dengan haram hanyalah merujuk kepada program infotainment yang mengandungi isu fitnah,” katanya.

“Jika program infotainment dikeluarkan menurut kod etika kewartawanan dan undang-undang media, mereka tidak akan menyiar atau menyebar maklumat menentang nilai keagamaan.”

Badan fatwa MUI itu juga mengisytiharkan perdagangan organ, pembedahan mengubah jantina dan pernikahan kontrak adalah haram.

“Nikah kontrak adalah haram kerana ia biasanya hanya untuk mereka yang mahukan penyatuan seketika,” kata Asrorun Ni’am Soleh, setiausaha badan fatwa berkenaan, “di mana lelaki pergi ke rantau tertentu dan berkahwin dengan wanita di sana untuk seketika, membuat kontrak dan kemudian meninggalkan mereka.”

Pembedahan mengubah jantina tanpa alasan perubatan dilarang dan “menjalankan atau membantu pembedahan itu juga haram,” katanya. – Agensi

@ DUNIA | BERITA HARIAN

{ 3 comments }