JLBM 2009 #4 : Aku Dan 7 Alasanku

by Fizz on February 28, 2009

15 Mac 2009 – 4.50pm

Why?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sebagai pembuka bicara, ku mulakan dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menganjurkan JLBM 2009 Musim ke-3 kerana memberi peluang kepadaku untuk terus berjuang hingga ke garisan penamat. Pertandingan yang memakan masa lebih 4 minggu ini benar-benar mencabar para peserta termasuk diriku sendiri dalam mengetengahkan bakat seorang penulis bebas atau lebih tepat jika dipanggil blogger untuk menjadi lebih berkualiti, professional serta produktif. Tidak dinafikan, ianya amat menyeronokkan. Secara tidak langsung, setiap kritikan yang disuarakan pada setiap tugasan akan meningkatkan lagi kualiti penulisan blog oleh para peserta.

Baiklah, untuk tugasan JLBM Minggu ke-4 ini agak mencabar sikit, kerana aku bersama-sama rakan seperjuangan yang lain dikehendaki menjawab secara jujur tentang persoalan yang diutarakan oleh pihak penganjur.

Nyatakan 7 sebab KENAPA dan MENGAPA anda perlu dan layak ke final JLBM?

Sejujurnya ku katakan, aku tidaklah sehebat mana pun di dalam penghasilan sesebuah penulisan. Tapi itu tak penting, persoalannya, mengapa aku perlu layak ke final JLBM? Mengapa?

CCNever Give UpScale

  1. Biar apapun yang terjadi, aku perlu layak ke final JLBM kerana aku sangat kreatif dalam menghasilkan sesuatu tugasan. Sememangnya aku punyai daya kreativitiku yang tersendiri untuk menyampaikan sesuatu dalam bentuk penulisan. Perkara ini diakui sendiri oleh para juri seperti Damya Hanna dan Blekpepel. Thanks! FYI, that’s my identity. :) Ya, aku punya identitiku sendiri dalam menghasilkan kerja.
  2. Entahlah. Aku merasakan aku perlu layak ke final JLBM kerana aku adalah seorang yang tidak mudah putus asa dan tidak mudah mengalah. Biarpun aku kesuntukan masa, aku tetap meneruskan perjuangan dan memberikan yang terbaik. Sudah menjadi tanggungjawabku sebagai seorang peserta yang menepati masa biarpun di saat-saat terakhir.
  3. Rasionalnya, aku perlu layak ke final JLBM kerana aku sangat mementingkan kualiti namun adakalanya kuantiti itu tetap ada. Kalau boleh, aku mahukan sesuatu yang ringkas tetapi bernilai tinggi. Untuk pengetahuan, aku agak cerewet dalam membuat sesuatu keputusan. Apa yang aku fikirkan untuk aku tuliskan kadangkala aku sendiri yang menapis demi menyampaikan sesuatu yang benar-benar memberi kepuasan kepada pembaca.
  4. Ikhlas ku katakan, aku perlu layak ke final JLBM kerana setiap hari aku pasti menjenguk JomLayan.com untuk mengetahui perkembangan terkini JomLayan.com terutamanya pada topik Layan Blog dimana info tentang JLBM ditempatkan untuk aku meninjau berita, komen dan info-info terkini di sepanjang pertandingan berlangsung. Tidak lupa juga untuk mengemaskini entri-entri terbaru blog aku demi sesuap repo hijau.
  5. Kenapa aku perlu layak ke final JLBM? Kerana aku adalah yang terbaik diantara yang terbaik. Ya, aku sentiasa ingin memberikan satu kelainan dari peserta-peserta lain untuk menambat hati para juri yang baik hati lagi bijaksana dalam menilai hasil kreativiti aku sebagai peserta. Tanpa kritikan darimu aku pasti lalai dengan kekurangan yang ada pada ku. Terima kasih juri.
  6. Aku perlu layak ke final JLBM kerana aku telah menghabiskan banyak masa untuk menyiapkan tugasan JLBM sehinggakan aku terlupa untuk makan dan minum dek kerana keseronokan aku untuk menulis dan mempamerkan hasil penat lelah otak kiri dan kanan yang sentiasa memikirkan, menetapkan dan menyampaikan maklumat ke jari jemari untuk menaip sesuatu yang sudah pasti adalah yang terbaik yang telah aku fikirkan dan tetapkan supaya setiap apa yang aku hasilkan adalah yang berkualiti dan berharga. Setelah itu, aku dapat melihat dimana taraf aku yang sebenarnya. Adakah berada sebaris dengan penulis-penulis atau blogger-blogger profesional yang sememangnya sudah terkenal.
  7. Nah! Akhir kata, aku perlu layak ke final JLBM kerana aku sudah berusaha sebaik mungkin. Aku merasakan aku adalah calon yang paling sesuai untuk menjuarai Pertandingan Jom Layan Blogger Mania 2009, Musim Ke-3 ini. Aku adalah yang terbaik di antara yang terbaik mungkin. Terpulanglah kepada para juri untuk menilai tahap dan kedudukan aku yang sebenarnya. Akan ku terima apa jua keputasan yang diberikan.

 


 

Loser

Bagi soalan kedua agak straight to the point. Adakah aku perlu berasa bersalah jika setiap apa yang aku cakapkan mungkin akan menyinggung perasaan seseorang? Tak kisahlah, yang penting anda jangan ambil hati ya dengan setiap apa yang aku coretkan nanti.

7 alasan MENGAPA para peserta yang telah terkeluar mahupun yang mengeluarkan diri, pada anda langsung tidak layak untuk ke final dan memang keluarnya mereka dari JLBM adalah sesuatu yang wajib dan digalakkan.

  1. Percayalah, mereka langsung tidak layak untuk ke final kerana tidak berupaya menghasilkan sesuatu yang berkualiti, kreatif serta mempunyai identiti yang tersendiri. Setiap tugasan yang mereka hantar agak hambar dan biasa saja. Maaf ya.
  2. Apa lagi yang harus ku katakan? Mereka sememangnya langsung tidak layak untuk ke final kerana mereka gagal menepati masa dan tidak ambil peduli tentang perkembangan dalam pertandingan. Akhirnya, tugasan tidak dapat dihantar. Salah siapa?
  3. Dengan ini aku mengatakan bahawa mereka langsung tidak layak untuk ke final kerana terlalu mudah untuk mereka berputus asa jika terdapat halangan atau musibah yang menimpa. Sebenarnya mereka masih berpeluang untuk meneruskan perjuangan jika pandai membahagikan masa. Tapi siapa tahu ya, masalah masing-masing. Aku sekadar bersuara tanpa mengetahui apa yang sebenarnya dihadapi oleh golongan yang terlalu awal mengalah.
  4. Apa sudah jadi? Mereka langsung tidak layak untuk ke final kerana mereka tidak yakin pada diri sendiri apabila mendapat tugasan yang difikirkan sukar oleh mereka ataupun mereka tidak dapat menerima kritikan yang mungkin pada mereka memalukan oleh pihak juri. Anda perlu yakin pada diri sendiri. Perjuangankanlah hingga ke titik noktah yang terakhir. Anggaplah kesukaran itu sesuatu yang paling mudah, dan perlu anda tahu, kritikan itu membina. Anda haruslah menerima seadanya kelemahan kita sendiri yang dilihat oleh orang lain. Anda harus belajar dari kesilapan yang telah anda lakukan.
  5. Aku sudah jangka, mereka langsung tidak layak untuk ke final kerana kegagalan mereka dalam mempamerkan ‘aksi-aksi’ terbaik bagi menambat hati juri. Tiada sesuatu yang ‘WOW’ dalam tugasan mereka. Disebabkan itu, mereka gagal meletakkan diri mereka dikalangan yang teratas. Sudah menjadi lumrah dalam sesebuah pertandingan. Peraturan harus diikuti, keputusan yang dikeluarkan adalah MUKTAMAD dan menang kalah itu perkara yang biasa.
  6. Kelemahan mereka sendiri menyebabkan mereka langsung tidak layak untuk ke final. Mereka ambil mudah dalam penghasilan sesuatu tugasan. Apa tidaknya, mereka tidak mengikut kehendak soalan. kadangkala jawapan yang diberikan sekadar rekaan tanpa sebarang rujukan ataupun tersalah rujukan. Lantas jawapan pun tidak menepati kehendak juri, dan jangan marah andai juri meletakkan anda dalam golongan yang gagal kerana itu adalah kelemahan anda sendiri.
  7. Untuk yang terakhir kalinya aku berpendapat mereka langsung tidak layak untuk ke final kerana sudah ditakdirkan mereka tidak layak. Mereka tidak sehebat aku sukakan saingan. Mereka tidak sehebat peserta-peserta lain yang berjaya meletakkan diri di tempat yang selamat.

 


 

Why Me?

Sekiranya anda dikeluarkan dari JLBM, siapakah dari antara peserta yang terkeluar, yang layak berada di kerusi Final JLBM? Berikan juga sebab KENAPA dan MENGAPA anda memilih peserta tersebut.

Sekiranya aku tidak bernasib baik sebelum ini dan dikeluarkan atas kelemahanku sendiri, aku terima seadanya dan aku berbangga kerana sudah berjaya ke peringkat yang tertinggi walaupun tidak berjaya. Dan sekiranya aku dikeluarkan, orang yang sebelum ini terkeluar atas sebab yang tidak dapat dielakkan lalu menyebabkan dirinya terkeluar berdasarkan kehendak peraturan adalah berhak layak ke final JLBM.

Orang yang aku maksudkan itu adalah Lemonadenoi. Kenapa aku memilih dia? Kerana aku tahu, beliau sudah berpengalaman dan tahu tentang selok-belok pertandingan ini. Hasil penyelidikanku, beliau telah mendapat tempat ketiga dalam JLBM musim ke-2 tahun lepas. Tahniah untu beliau walaupun sudah lama berlalu. Bagi tahun ini sepatutnya beliau lebih arif dan mampu untuk menghasilkan sesuatu yang lain dari yang lain. Tetapi apakan daya, sudah terlambat jika mahu dibicarakan. :(

Berakhir sudah huraianku yang sepanjang beberapa kilometer ini. Aku serahkan tugasan ini kepada para juri dan pembaca untuk menilai seterusnya memutuskan siapa yang berhak dan siapa yang tidak untuk merembat gelaran Juara JLBM 2009 Musim ke-3.

Aku sudahi dengan Wabillahi taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

{ 3 comments… read them below or add one }

1 n0n0i March 15, 2009 at 10:04 pm

T_________________________T

aikk..
inipun pilih lemonadenoi..
*nanges teresak2*

fizz..
all da best yerr!!! ^^
fizz mmg layak jadi JUARA.. !

Reply

2 admin March 15, 2009 at 10:41 pm

n0n0i
thanks noi..

secara kebetulan smua pilih noi..
fizz pun tatau dorang pun pilih noi gak.. :)

Reply

3 sephia March 17, 2009 at 12:45 pm

congratss fizz…. dpt layak ke tahap nie..
smuga success slalu…
mnarik & tertarik entry nie… :-)

dek noi skali lg.. undi dek noi.. :-)

sephia’s last blog post..Aiyakk.. Sy kene Tag??

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: