
Aku adalah aku..
Blog adalah blog..
Blog adalah aku..
Aku adalah blog..
Siapa tahu apa yang di maksudkan?
Tak apa lah.. Mungkin tiada kena mengena dengan tajuk yang akan ku ulaskan..
Aku yakin pasti semua sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan blog. Mungkin ada yang tahu untuk menggunakannya tetapi masih tidak tahu atau memahami tentang definisi blog, boleh rujuk di sini atau di sini.
Di Malaysia sahaja terdapat lebih 10,000,000 pengguna internet. Andai kata setiap pengguna internet di Malaysia punyai blog sendiri dan setiap mereka memiliki lebih dari satu blog.. banyak bukan? Daripada statistik tersebut dapat aku simpulkan bahawa terdapat bermacam-macam jenis, bentuk dan ragam blog yang wujud pada masa kini. Pastinya blog terbahagi kepada 2 kategori iaitu blog yang disukai dan blog yang tidak disukai. Setiap penggemar/pembaca blog mempunyai hak untuk menyukai atau tidak sesebuah blog bukan? Ada yang suka itu, ada yang tak suka ini, ada yang suka ini, ada yang tak suka itu. Lain orang lainlah ragam, lain pendapat lainlah cara pemikiran. Tidak ada sesiapa dapat menghalang pendapat masing-masing kerana ciri blog itu sendiri pun bersifat terbuka. Sesiapa sahaja boleh masuk, melihat, membaca dan menilai.
Berbalik kepada tajuk yang inginku ulaskan iaitu “Blog yang saya suka dan blog yang saya tidak suka“.
Blog apakah yang aku suka dan tidak suka? Apa yang menyebabkan aku menyukai atau tidak sesebuah blog? Mengapa? Di sini aku akan huraikan apa yang bermain-main di fikiran para pembaca dan para juri yang mengadili entri ini.

Bagi aku, perkara utama yang aku titikberatkan ialah susun atur layout, penggunaan warna dan widget atau lebih senang dipanggil templates/themes. Mengapa? Cuba bayangkan jika anda ke rumah seseorang dimana persekitarannya agak berserabut, bersepah sana-sini. Adakah anda ingin masuk menjenguk apa khabar di dalam? Sudah menjadi lumrah hidup manusia yang menilai kulitnya terlebih dahulu sebelum isinya bukan? Tetapi jika di blog mungkin lain, tak sama jika menilai sesuatu di dunia realiti. Kadangkala di dunia realiti, yang buruk itulah yang dicari kerana isinya bernilai. Contohnya besi buruk? Dicari bukan? Di blog, biarpun isinya agak bernilai sekalipun tetapi persekitaran persembahan yang kurang memuaskan akan menyekatkan hati seseorang untuk meneruskan bacaan.
Penggunaan terlalu banyak widget-widget flash akan mencacatkan lagi blog anda dan menyebabkan blog sukar untuk dipaparkan jika pengunjung melayari blog anda ketika talian internet bermasalah. Susun atur layout juga mesti kemas dan teratur serta memberi banyak kemudahan kepada pengunjung. Pengunaan widget dan warna juga harus bersesuaian dengan konsep blog yang dibangunkan. Blog yang menggunakan warna yang tidak sepadan kurang menarik perhatian pengunjung seperti aku. Aku juga tidak berminat andai sesebuah blog itu terlalu banyak iklan yang menyesakkan. Boleh dikatakan satu muka blog tersebut dipenuhi iklan. Janganlah terlalu tamak untuk menjana pendapatan ya. Pengunjung seperti aku akan dengan segera menutup blog tersebut.
Bagi penambahan music player didalam blog seharusnya diletakkan di tempat yang mudah dilihat supaya pengunjung yang tidak menyukai muzik yang dimainkan secara auto menekan butang ‘pause’. Tetapi terdapatjuga music player yang tiada butang ‘pause’ dan dengan secara tidak langsungnya pengunjung akan segera menutup blog berkenaan. Aku tidak kisah sangat dengan perkara remeh seperti itu, tetapi bagi pengguna Internet Download Manager (IDM) seperti aku rimas dengan popup yang teraktif apabila music player disetkan sebagai auto. IDM akan segera meminta untuk memuat turun muzik yang dimainkan. Perkara seperti ini boleh dihindarkan dengan 2 cara iaitu, pengguna IDM itu sendiri hendaklah mengubah tetapan muat-turun automatik dengan membuang format file yang tidak dinginkan seperti .mp3, .wav, .mid dan sebagainya. Cara kedua, empunya blog seharusnya menetapkan music player anda untuk tidak dimainkan secara automatik. Secara keseluruhannya, aku lebih suka blog yang ringkas tetapi menarik.
Dari segi penulisan pula, aku lebih gemar membaca blog-blog bersifat personal atau diari, puisi-puisi, kisah-kisah/video lucu, cerpen/novel, cerita bergambar, berita-berita terkini, tutorial dan bahan bacaan IT yang lain. Aku juga gemar membaca blog yang beratikel panjang jika ada masa terluang. Yang pasti, setiap penulisan haruslah berkualiti, bersahaja, jujur dan boleh dipercayai. Ada sesetengah blog yang memaparkan artikel-artikel karut, penipu, berbau penghinaan, kritikan yang tidak berasas, scammer, lucah dan lain-lain lagi. Blog seperti inilah yang akan menjahanamkan pembaca/pengunjung yang terdiri daripada insan-insan yang lemah iman akan mudah terikut atau terpedaya dengan setiap apa yang dituliskan. Jika anda pernah berasa seperti itu jangan teruskan bacaan anda, kerana anda akan begitu mudah percaya, tertekan, kecil hati atau apa saja yang memudaratkan diri anda dengan setiap yang diperkatakan. Aku sememangnya amat benci perkara seperti ini. Jika dilihat, banyak juga blog yang mengamalkan aktiviti mencetak rompak atau lebih mudah dikenali sebagai copycat. Kepada pengamal aktiviti tersebut, please to be yourself! Anda tidak akan mendapat kepuasan berblogging jika anda menipu dananda bukan sahaja menipu orang lain, malah anda menipu diri anda sendiri. Tiada faedahnya.

Blog yang membuatkan aku dengan segera ‘memangkah’ adalah:
Blog-blog yang ber’dot’kan B*******z.my – berbau MLM yang sememangnya aku tidak berminat langsung, paparan yang tidak menarik, semak, tidak tersusun, menjengkelkan dan bermacam-macam lagi. Nak jana pendapatan dengan penampilan seperti itu? Langsung tidak menarik perhatian pengunjung seperti aku! Blog yang semata-mata menjana pendapatan tanpa memikirkan persekitaran yang selesa pengguna. Harap perbaiki kelemahan anda ya.
Blog yang bercirikan penghinaan terhadap agama dan sentimen perkauman. Sebagai contoh, Adibah Ahmed, Syurga Islam (telah diprivatekan? apakah?) dan lain-lain blog yang seumpama denganya yang telah di’bendera’kan (flag). Blog yang aku sebutkan tadi secara terang-terangan menghina, mencerca dan merendah-rendahkan Al-Quran dan Islam. Daripada kita membiarkan blog ini secara berleluasa meruntuhkan iman insan-insan yang lemah, lebih baik kita hapuskan saja. Tapi makin dihapus makin bertambah pula blog semacam ini. Ada sesetengah pendapat menyuruh kita melawan balik dengan memberikan jawapan yang sepatutnya kepada persoalan yang dipertikaikan dalam blog murtad tersebut, aku lebih senang menggelarkan blog itu sebagai blog murtad. Tapi apa boleh buat? Aku hanyalah insan yang biasa yang tidak cukup ilmu dalam bab-bab agama hanya mampu memberikan ‘bendera’ kepada blog tersebut untuk dilupuskan. Aku syorkan pihak berwajib yang cukup arif dalam bidang ini turut sama turun padang membantu melupuskan kegiatan yang biadap seperti ini. Aku dah tak sanggup melihat insan-insan yang lemah terpengaruh dengan setiap yang diperkatakan dalam blog jahanam itu.
Blog yang pengkritik yang tidak beradab, sentiasa sahaja ada kutukan-kutukan yang menjahanamkan blogger lain dipaparkan. Walaupun kita tahu dia hanya menyuarakan pendapat tetapi janganlah sehingga menjatuhkan maruah, mengguriskan perasaan dan memberi tekanan kepada blogger lain. Cubalah sediakan kutukan yang membina.
“Aku tahu, kau sekadar cuba menarik perhatian blogger lain untuk berkunjung ke blog kau dengan cara kotor seperti itu tetapi untuk apa? Fikirkanlah.. Blog kau tak bermanfaat apapun kepada kau.. Hanya penat sahaja yang kau dapat..”
Tetapi sejak akhir-akhir ini aku lihat pemilik blog tersebut sudah mula menulis kutukan yang positif. Bagus! Diharapkan tiada lagi cemuhan dan rasa tidak puas hati blogger lain terhadap anda.
Blog kegemaranku:
Aku tak pasti blog apa yang menjadi kegemaranku kerana padaku semua blog adalah sama iaitu menceritakan hal-hal peribadi masing-masing, mengulas isu-isu semasa, berpuisi, bermadah, berjiwang dan bermacam-macam lagi. Rata-rata blog yang ku kunjungi bersifat demikian.
Sudah pastinya blog aku dan kekasihku yang paling digemari. Diikuti dengan blog-blog teman rapatku di dunia blogger adalah yang sering kukunjungi. Antaranya ialah blog Chokilala.com, Ezany, RHEA, Azizwan.com, Merah & hitaM serta lain-lain lagi.
Blog-blog hiburan dan gossip artis-artis dan selebriti juga tidak terkecuali seperti JustKhai.com, Hafreze.com serta blog lain yang sebidang dengannya.
Blog himpunan cerita-cerita/video-video lucu seperti Failblog.org juga menjadi pilihan aku disaat aku kebosanan dan perlukan sumber hiburan.
Blog-blog Info IT, tutorial dan tips and tricks tetap ku cari untuk memenuhkan lagi ilmu di dada seterusnya dapat kulimpahkan kepada blogger-blogger lain yang memerlukan perkhidmatan aku sebagai IT Support mereka.
Blog-blog muat turun software dan mp3 menjadi pilihan sampingan.
Setakat ini sahajalah yang dapat ku huraikan tentang tugasan ulung JLBM 2009 bagi musim ke-3.
Hanya satu sahaja nasihat kepada para blogger,
“Jangan riak andai blog anda disukai ramai kelak nilai blog yang anda miliki akan jatuh dan dibenci orang dan jangan marah andai blog andai tidak disukai, jadikan ia sebagai pendorong untuk terus berusaha meningkat taraf blog anda kepada yang lebih berkualiti dan digemari semua orang”
Fizz@JLBM 2009 Musim Ke-3
[...] copy of this content @ JLBM 2009 #1 : Aku Dan Blog.. Link to this page Link to this page Copy the code below to your web site. [...]