Telah ditakdirkan aku dilahirkan sebagai seekor lembu jantan yang kacak tetapi malang. Kenapa malang? Nanti aku ceritakan.

Torro Rosso itu namaku. Lima tahun dahulu, aku kehilangan seekor ibu (tak kan seorang pula kan?) ketika melahirkan aku, seekor lembu yang kacak lagi tak berguna ini. Sejak kematian ibuku, aku telah dianggap pembawa sial oleh pemilik ladang lembu di Sepanyol. Sedih hati ini menerima cobaan seperti itu. Sejak kecil lagi aku telah diperlakukan secara kasar tanpa belas kasihan. Walaupun medapat keperluan secukupnya tetapi aku masih rasa terseksa dengan sikap tuan aku yang seolah-olah membenci aku. Apa salah aku? Ya, disebab akulah ibuku kehilangan nyawanya. Aku tahu, ibu telah banyak berjasa kepada tuan aku yang bangang itu.
Inilah foto ibuku yang telah menjadi batu.
“Ooops! Maaf ye bonda, anakanda tersasul..heehee..”

Inilah foto ibuku yang telah diabadikan sebagai monumen di sebuah tempat yang dipanggil Plaza de Toros de Ronda, Sepanyol.
“Bonda.. kenapa bonda menjadi batu..”, ungkapan yang aku ucapkan sewaktu aku masih kecil dahulu dan tidak tahu apa-apa. Aku sering ke sini menjenguk ‘ibu’ku.
Mengikut cerita mulut ke mulut oleh lembu-lembu seladang denganku, mereka memberitahu bahawa bapaku seekor jaguh lembu yang gagah dan berani. Tapi malangnya beliau telah dikorbankan dalam pertunjukan laga lembu di Perancis. Aku mengetahuinya setelah salah seekor rakan bapaku menunjukkan beberapa foto yang menyayat hati. Salah satunya seperti yang aku tunjukkan disini. Inilah bapa aku yang telah dikorbankan.

Sebak rasanya melihat foto ini.
“Maaf ye..aku nak nanges kejap..”
“Uwaaaaaa~!!”
“Ayahanda.. anakanda akan membalas dendam keatas kematianmu..”
Disaat aku sendirian, aku bertanya kepada diriku, adakah aku segagah bapaku? Oh! Tidak, aku akui, aku memang lemah dan selalu sahaja ditimpa malang. Alangkah baiknya andai aku bisa jadi seperti bapaku yang gagah dan berani.
Sebulan selapas itu..

“Whoaaaaaaa~!!”
“Phewwwiitt~!!”
“Claps..claps..claps..”
“Moooooooo~!! (Aduh! bingit tul kat sini..)”, beritahuku pada rakan-rakan yang lain.
“Mooooo… moooooo..”, mereka membalas.
“Lantak korang la nk paham ke tak.. janji aku paham.. hehe..”, dengan berlagaknya aku ejek korang yang baca cerita ni.
“Hahaha!!”, aku gelak.
Aku ketika itu berada di sebuah stadium bagi pertunjukan laga lembu yang diadakan sempena Hari Kambing Sedunia.

Sebenarnya aku tidak mengambil bahagian dalam acara yang bakal mengorbankan aku itu. Aku hanya sekadar menemani seniorku yang sudah cukup gagah yang ingin menunjukkan taringnya….. eh..? tanduk je yang ada kan? hehe.. Rakan seniorku itu ingin membuktikan kejantanan beliau dalam acara itu walaupun dia tahu dia sedang mempertaruhkan nyawanya, tetapi dia sudah nekad.
“Aku kalau boleh nak korbankan si Matador bodoh tu..”, beritahu rakan senior aku yang akan bertarung kepada aku sebelum ini. Ada batu disebalik udang rupanya beliau.
Tetapi, memang talah ditakdirkan nasib malangku kembali lagi. Senior aku yang bakal bertarung itu terpaksa membatalkan hasratnya kerana sakit perut. Beliau dengan tergesa-gesanya ke tandas berdekatan disaat acara baru sahaja bermula. Pegawai bertugas pula telah tersilap aku sebagai lembu yang bertarung melibas kuat dengan rotan dipinggang aku menyebabkan aku terkejut lembu dan berlari keluar dengan kesakitan. Kesampaianku di pentas pertarungan, aku tergamam melihat ramai penonton memberi tepukan gemuruh kepada aku….. atau matador itu? Ah! Lantaklah.
“Ah! Memang malang nasib aku hari ni…”, bentak hatiku dengan nada kecewa bercampur teruja dengan acara itu.
Aku sebenarnya belum cukup terlatih lagi dalam pertarungan ini. Sewaktu di ladang, aku selalu bersembunyi dari latihan kerana takutkan kesakitan yang bakal hinggap di badanku. Sudahlah lemah, selalu saja malang. Bezanya akulah yang paling kacak dikalangan lembu-lembu yang lain.
“Hahaha.. aku sedang perasan”, tersedarku dari lamunan.
Dalam acara itu, aku terpinga-pinga apa yang harus aku lakukan. Dilihat si Matador bodoh itu mengibar-ngibarkan kain berwarna………………………?? Ah! Aku sudah lupa. Itulah aku, selalu saja lupa. Aku geram memerhatikan gelagat Matador bangsat itu yang seakan mengejek-ngejek aku. “Ooops..terkasar bahasa plak”. Dalam diam, aku mengumpul tenaga untuk aku lepaskan terhadap si bangsat itu.

“Kroofff.. krofff.. Moooooooo~!!”, aku berdengus kemarahan. Lantas teringatkan foto bapaku. Bertambah panas darah yang mengalir ditubuhku. Mendidih.
“1.. 2.. MooOOooOooo..!!”, bergaung gemaan suaraku.
Aku berlari sepantas kilat. Aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya tenaga yang bagitu kuat. Entah berapa kuasa kuda… eh? kuasa lembu yang aku miliki. Berderap bunyi tanah akibat hentakan kaki aku yang sedang berlari kearah Matador itu. Dengan tidak semena-mena, salah satu kaki aku tersadung batu. Aku pun dengan sopannya jatuh tersungkur, berguling-guling dan terpelanting akibat kelajuan aku berlari. Entah berapa kali aku berpusing-pusing di udara. Aku berasa agak malu dengan kejadian yang menimpaku.
Dalam keadaan aku sedang ‘terbang’, aku terfikir idea untuk beraksi ala-ala kungfu dan kebetulan pula arah tempat yang mungkin aku ‘mendarat’ dijangkakan tepat pada Matador itu, dapat jugalah aku menutup kemaluan aku nanti. Tapi malang masih lagi tak putus-putus menciumku. Memang tak berbau. Apa yang aku jangkakan meleset. Aku tersilap langkah dan akibatnya seperti foto gedik aku yang terserlah keayuan kemaluan aku ini di dada akhbar keesokkan harinya.

Tidakkkkk~!! Selepas peristiwa itu, barulah pegawai di stadium sedar bahawa mereka tersilap lembu. Akibat dari peristiwa itu, aku telah dibeli oleh salah seorang pemilik sarkis untuk menjadikan aku salah satu haiwan sarkisnya.
Aduh..~!! Itulah aku.. seekor lembu yang malang..

*Nota lekat: Cerita bodoh ini adalah rekaan semata-mata, tiada sangkut-paut pun dengan yang hidup atau yang tak hidup. Jika ada sekalipun mungkin itu kebetulan. Aku takde idea nak wat cite serius. Hope you guys enjoy with my stupid story..~ Aku Bulleh!!
Anda suka?? Undilah Fizz @ JomLayan.com *Ahli Berdaftar sahaja.

{ 10 comments… read them below or add one }
Amboi kanda kan main gi erkk..hihihi
sonok dinda baca ceta ni pandai kanda cipta…seekor lembu yang bernama Torro Rosso begitu mencuit hati..tergelak dinda baca pasal perihal si lembu ni…apapun Torro Rosso tetap seekor lembu yang berani seperti ayahnya gak walaupun cubaannya menjadi hero x menjadi kekekekee…
Good Luck kanda..Cayok! Cayok!
Sibintang
Thanks dinda ucuk.. last² minit nye cite tu cayam.. kelam kabut skit.. hihi..
Yang tak leh komen tu pastikan hujung URL anda diletakkan simbol / cth: http://sibintang.com/
Mr.Bintang’s last blog post..JLBM 2009 #1 : Aku Dan Blog..
Mr.Bintang
Betul ke ni..? Bulleh ke wei..? hahaha.. aku reply comment aku sniri.. Hebat!!
Ouch!! Mcm x leh je.. knp eyk? ni test je.. kalau lepas nasib ler..
Mr.Bintang’s last blog post..JLBM 2009 #1 : Aku Dan Blog..
wakakakaa.. fizz klaka la ko wat citer…
tak tahan den nak tergelak…
ada bakat ko ni ek…
lagi tak tahan “Oh! Tidak” masok jugak kat sini…
amboi² pomot ek..hahahahhaa..
btw leh aku tanya tak…
esemen kedua ni ape yang depa nak?
mereka cerita ke?ape ke?
anyway good luck bro…
aku doakan ko berjaya….
Merah&hitaM’s last blog post..Portable Nero 8.3.2.1
Merah&hitaM
tu dah buleh komen.. ko wat camne weiss..? hehehe.. mane de pomot.. tade letak link pun.. kalu nk pomot leh gak.. hahaha… lalalala..~
Thanks bro.. hehehe..
Tuan rumah test tekan loceng jap.. rosak je loceng ni.. hurmm…
2 3 kali da wat.. tape.. cayokk!!
cilakak.. x leh gak..
Fizz’s last blog post..JLBM 2009 #2 : Itu Aku.. Lembu Yang Malang..
aku suka ngan idea citer nie… satu tepukan tok ko.. memang cayalah usaha yang ko bg tuk post kali nie. gudluck
wah cantiknya blog awak ni.post pun kelakar ler.nama lembu pun glamer.tu mesti lembu jantan tu.kalu lembu betina,mesti nama dia Terra Rossa.hikhikhik.ape2pun layan jer!!
p/s dah cuba ke resipi saya tu?!
zielone’s last blog post..Happy Birthday to Haraz and Yan’s