Berita : Pengguna internet diingatkan tentang spam berniat jahat

by Fizz on March 31, 2009

dhl_trojan_horse


SINGAPURA: Spam atau emel tidak diundang berniat jahat baru serta berskala besar, dipaparkan dalam bentuk emel daripada syarikat kurier DHL, sedang hebat menyerang, demikian amaran yang dikeluarkan oleh syarikat keselamatan dan pengawalan IT, Sophos, hari ini.

Katanya dalam satu kenyataan di sini bahawa pengguna internet akan menerima mesej bahawa syarikat kurier itu cuba menghantar sebuah bungkusan kepada mereka pada 14 Mac.

“Mesej itu juga menyatakan bahawa mereka perlu mencetak invois yang disertakan yang mengandungi satu fail zip dan membawanya ke pejabat DHL,” jelasnya.

Menurut Sophos, pengguna komputer yang terbabit dalam penipuan itu dan membuka ‘dhl_n756512.zip’, tidak akan dapat melihat sebarang invois tetapi sebenarnya memuat turun “Trojan horse” yang berniat jahat, yang dikenali sebagai Troj/Agent-JJP ke dalam komputer mereka, memberikan penggodam akses yang terhad.

Kesemua emel menggunakan tajuk, ”DHL Tracking number” tetapi mempunyai nombor rujukan yang dijana secara rawak, katanya, sambil menambah bahawa penipuan itu yang kedua berlaku dalam jangka waktu seminggu dengan penyamaran sebagai DHL. – Bernama

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

makasih atas infonye ye.. :)

KNizam
Ade lagi.. sila rujuk update terkini saya..

Hehe abis buruk nama syarikat DHL huhuhu

IdeaMenjerit’s last blog post..Sepanduk “Vote Earth” pada pokok

bahaya nih... trima kasih atas info ini

hady’s last blog post..Link exchange

wow DHL pon kene ke.. ades.... banyak virus dah neh lani... macam2 trick depa pakai... ape nak jadi neh...

Kill-Vearn’s last blog post..Untouched Windows XP SP3

fuh, bahaya ni.. nasib baik aku tak kena lg ngan benda no dan harap2nya takkan ler kena kat aku. nanti tak pasal2 aku kena hntar pc aku ni kat hospital. dah la takde duit nk byr kos perubatan. kui3

azizwan(dot)com’s last blog post..Blog Ini Adalah Blog All In One

azizwan(dot)com
hahaha.. masuk ICU terus weh.. hehe.. tup² esoknye dah meninggal.. :((

Trackbacks

  1. Mr.Bintang says:

    Updated! Berita : Pengguna internet diingatkan tentang spam berniat jahat http://cli.gs/YMWpPJ

  2. negaraku.net says:

    AWAS! SPAM!…

    Spam atau emel tidak diundang berniat jahat baru serta berskala besar, dipaparkan dalam bentuk emel daripada syarikat kurier DHL, sedang hebat menyerang, demikian amaran yang dikeluarkan oleh syarikat keselamatan dan pengawalan IT, Sophos, hari ini….

  3. JomTag.com says:

    Berita : Pengguna internet diingatkan tentang spam berniat jahat | Aku dan blog…..

    Spam atau emel tidak diundang berniat jahat baru serta berskala besar, dipaparkan dalam bentuk emel daripada syarikat kurier DHL, sedang hebat menyerang, demikian amaran yang dikeluarkan oleh syarikat keselamatan dan pengawalan IT, Sophos, hari ini….

Previous post:

Next post:

H1N1 : Kronologi Kes Kematian di Malaysia
H1N1 : Kematian ke-12
Tiga Mati Terbakar Selepas Lori Tangki Meletup
Jumlah Mangsa Banjir Dipindahkan Meningkat
Perbit Bantah Telco Kenakan Caj Enam Peratus Pembelian Kad Tambah Nilai