Berita : Mahu murtad kerana dihina.

by Fizz on March 24, 2009

KUANTAN: Akibat tak tahan dihina masyarakat setempat kerana miskin, 11 beranak di Kampung Jaya Gading di sini, dikatakan nekad mahu keluar Islam sebagai jalan terakhir membebaskan diri daripada belenggu derita.

Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Azmah, dia dan suami, Rahim, 40, nekad mengambil keputusan menukar agama kerana tidak sanggup sering menjadi bahan cacian dan penghinaan masyarakat, malah sembilan anak mereka turut menjadi mangsa buli rakan sekampung.

“Saya kecewa dan tak tahu apa salah keluarga kami hingga ada kaki buli anak saya tergamak memotong saluran paip yang menyalurkan air dari surau berhampiran ke rumah kami selain melemparkan batu ke cermin,” kata ibu kepada sembilan anak berusia antara lima bulan hingga 14 tahun.

Asmah yang berasal dari Ajil, Terengganu, ditemui di sebuah premis menyediakan perkhidmatan menaip surat di Jalan Mahkota, di sini, memberitahu dia dan suami nekad menukar agama.

Menceritakan semula tindakan itu, Azmah berkata, pendapatan suami sebagai pencari besi buruk tidak seberapa.

Menurutnya, keperitan hidup mereka pernah mendapat perhatian kerajaan apabila memberikan sebuah rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Jaya Gading.

Bagaimanapun, rumah PPRT yang didiami sejak dua tahun lalu itu tiada bekalan air menyebabkan mereka terpaksa menyambung saluran paip dari surau berhampiran.

“Namun, tindakan itu tidak disenangi penduduk setempat sebelum remaja nakal memotong paip dan membuang kepala paip ke dalam tangki najis surau.

“Bukan itu saja, saya sebelum ini sudah membuat tujuh laporan polis sejak 2007 kerana anak saya sering dibuli serta diugut penduduk yang mahu mengancam keselamatan mereka, “ katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, keluarga berkenaan sudah pergi ke sebuah gereja, namun dihalang pengawal keselamatan yang meminta datang semalam.

Berikutan itu, keluarga berkenaan bimbang pulang ke rumah dan bermalam dalam kereta di tepi sebuah gereja di Jalan Gambut, di sini.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu diselamatkan seorang pemandu bas ekspres, Sheikh Anuar Sheikh Abdullah, 38, yang kemudian menghubungi Harian Metro.

Ketika ditemui, keluarga terbabit pada mulanya cuba mengelak ditemu bual dan mahu beredar dari sebuah restoran tetapi berjaya dipujuk beberapa wakil media sebelum menunggu ketibaan pegawai Majlis Agama Islam Pahang (Maip).

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Maip, Nik Ibrahim Nik Abdullah, berkata beliau akan memberi bimbingan dan kaunseling kepada keluarga terbabit dalam usaha memujuk mereka supaya membatalkan niat mahu menukar agama.

Menurutnya, pihaknya begitu terkejut apabila dimaklumkan kes berkenaan dan akan cuba membantu menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.

Source : myMetro

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

boleh kaya dan jd mulia ke kalau murtad? akhirat tak pikir ke?
masyarakat setempat x tolong ke?
fardhu kifayah jga kebajikn jiran2..nak tggu bala datang?satu kwasan kena..

liquidsilver’s last blog post..Comic strips for new bloggers

Kesian tul keluarga nih..menitis air mataku...remaja yang membuli depa patut dibawa ke muka pengadilan..cis bedebah remaja-remaja tersebut..tak berhati perut langsung..

keluar ajak ...

mcm2 hal la depa ni.. nasib baik tak murtad lg dan harap2 la diorg tak terbuka hati utk murtad.

psstt: tp diorg dah niat dan hmpir melakukannya dgn perbuatan. bukankah ini sdh dikategorikan sbgai murtad?

azizwan(dot)com’s last blog post..5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia

azizwan(dot)com
Betul tu.. aku tadi pun terperanjat gak masa baca berita ni...
Tak masuk diakal kan? nak murtad gara² tak tahan di hina..
atas alasan apa sampai sanggup keluar agama?

betul tu.. dah di niatkan dalam hati kan? :(

Trackbacks

  1. Mr.Bintang says:

    Post Edited: Berita : Mahu murtad kerana dihina. http://cli.gs/Sruz2n

  2. Mr.Bintang says:

    Post Edited: Berita : Mahu murtad kerana dihina. http://cli.gs/Sruz2n

  3. Mr.Bintang says:

    Post Edited: Berita : Mahu murtad kerana dihina. http://cli.gs/Sruz2n

  4. fizzonline says:

    Post Edited: Berita : Mahu murtad kerana dihina. http://cli.gs/Sruz2n

Previous post:

Next post:

Najib umum barisan kabinet.
NGO Sambut Baik Pengharaman Jualan Rokok 14 Batang
Pengadil Negara Akan Beraksi Pada Perlawanan Pembukaan Piala Dunia
Indonesia haram gosip selebriti
Jumlah Pemilih Berdaftar Lebih 12 Juta Orang - SPR