JLBM 2009 #3 : Aku, Kutukan Dan Kritikan

by Fizz on March 1, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kembali lagi aku dalam Jom Layan Blogger Mania 2009. Seperti yang semua sedia maklum, tiada penyingkiran telah dibuat bagi penyertaan minggu lepas iaitu Minggu Ke-2. Bagi tugasan Minggu Ke-3 yang aku terima kali ini agak mencabar disamping aku kekurangan idea untuk mempamerkan persembahan menarik untuk tatapan para pembaca dan juri. Bagi tugasan kali ini, aku dikehendaki mengulas tentang “Kutukan dan Kritikan”.

Adakah anda seorang yang senang menerima kutukan mahupun krtikan? Adakah kutukan mampu menjadikan anda seseorang yang lebih mantap mahupun kental jiwanya? Ataupun, anda lebih senang menerima kritikan daripada orang lain bagi membaiki kekurangan pada diri anda.

Mari kita mulakan…

KUTUKAN

Kutukan itu…

kutukan – sumpah (makian, cerca, nista), laknat (dr Tuhan): kalau saya memungkiri janji saya, maka saya akan menerima ~ Tuhan;

Sumber: Kamus Dewan Edisi Empat.
Ungkapan yang bermaksud negatif. Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia, mengeluarkan kata-kata yang tidak patut keluar dari mulut mereka apabila mereka dilanda api kemarahan atau apa sahaja yang terpendam dalam hati.. seperti gunung berapi hendak meletus. Contoh: “Macam bagus je blog nih.. hampeh.. tak menarik langsung.. tuan tanah je yang berlagak je lebih.. habuk pun tarak.. dia ingat dia bagus sangat ke? meluat aku..”, lebih kurang macam itulah bunyinya. (betul ke tu kutukan? hahaha..)
Tiada faedahnya mengutuk tak kene tempat. Tapi lebih kurang sama saja andai kene pada tempatnya sekalipun.
Usahlah mengutuk atau jangan mengutuk, itu lebih tepat. Memang mudah diucapkan tetapi kesannya bakal merosak sesiapa sahaja.
Kelak binasa diri, binasa sesama manusia. Kutukan boleh menyebabkan peperangan psikologi. Bayangkan kalau semua orang (tak semua la) lawan kutuk-mengutuk sesama sendiri. Buang masa je kan? Dunia pun tak aman. Habis semua dah macam tongkang pecah. Tiada persefahaman.
Apa yang kita dapat? Cuba tanya diri sendiri atau sesiapa saja. Apa yang korang dapat dari kutukan?
Nothing! but maybe dari kutukan, kita lebih bersemangat.. ye ke? Kutukan adalah sesuatu yang agak berat jika diteliti makna sebenar perkataan itu.. so mungkin agak sukar seseorang itu menerima kutukan. Bagi aku, ini terpulang pada individu itu sendiri samada terima atau tidak apabila diri dikutuk. Kalau aku, well.. siapa yang sanggup dikutuk tanpa sebab kan? Kesimpulannya, kutukan ni lebih menjurus kearah kecelakaan, kerosakan atau kemusnahan otak-otak manusia bilamana mereka yang dikutuk terlalu ambil hati sehingga menyebabkan tekanan kepada diri masing-masing.

KRITIKAN

Kata-kata atau ulasan tentang keburukan seseorang atau sesuatu. Hasil selakkan Kamus Dewan Edisi Empat;

kritik
1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll);
2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang ke burukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman;

Rangsangan kepada yang dikritik jika pengkritik memberikan kritikan secara professional dan positif. Apa yang kita boleh lihat pada masa sekarang, kritikan-kritikan begitu mudah didapati contohnya dalam program-program realiti tv yang seringkali dianjurkan.
Ianya memainkan peranan penting bagi memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam diri kita andai kita dikritik. Kritikan sebenarnya lebih memberi kebaikan dari keburukan.
Tetapi ianya bergantung kepada individu yang terlibat samada menerima atau tidak kritikan yang diterima. Sebaiknya, terimalah dengan minda yang terbuka. Jangan sempitkan otak masing-masing dengan alasan yang tidak munasabah andai diri dikritik dek kelemahan yang kita ada. Kita tak boleh nak menilai diri sendiri. Cuba kalian nilaikan diri masing-masing, pastinya korang akan menilai yang baik-baik saja tentang diri korang. Semuanya posotif. Perlu diingat, tidak seorang manusia pun di dunia ini sempurna 100 peratus. Betul tak?
Itulah yang dinamakan kritikan. Kritikan tidak juga sepenuhnya membawa kebaikan, kadangkala pengktritik juga memberi kritikan yang kurang sesuai dengan keadaan dan menyebabkan yang kena kritik tidak dapat menerima kritikan tersebut dan akhirnya menjadi tekanan kepada mangsa. Tetapi walau apa pun kita mesti menerimanya dengan hati terbuka.
Kritikan banyak membantu kita membaiki kelemahan, meningkatkan kualiti diri dan aku lebih senang menerima kritikan.
Apapun kritikan dari para juri tentang entri ‘last minute’ ni aku akan tunggu dan terima apa jua yang dikritik.
No! to kutukan.. and I say Yes tu kritikan.. that all..

{ 4 comments… read them below or add one }

1 cikmistry March 1, 2009 at 12:07 pm

wah, mant0p..
kreatif la fizz ni..

cikmistry’s last blog post..

Reply

2 admin March 1, 2009 at 12:10 pm

cikmistry
uiks.. ye ke.. gile last minute baru nk post kat blog pastu terus g update kat JL.. adeh… ketaq lutut.. hahahaha… cik mistry pun ape kurangnye.. hehe..

Reply

3 UnGu VioLeT March 3, 2009 at 5:41 am

salam kenal.. and salam ziarah.. really nice blog.. love it.. anyway, bile2 ade mase, singgahla ke teratak Ungu Violet yer.. :)

Reply

4 SiGadis Bintang March 3, 2009 at 9:57 am

Kritikan yang membina dialu-alukan tetapi Paling x suka owang kritik sambil ngutuk ..selalunya kutukan tu memakan diri sendiri..gi pun x berkat hidup..Tuhan x suka umat yang camni..sebabnya kita ni sesama manusia yang daif dan sering membuat kesilapan..yang mana silap kita sesama perbetulkan..

Good Luck Mr.Bintang tercomot hihihi

SiGadis Bintang’s last blog post..SAYA SAYANG AWAK

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: