
Setelah sekian lama blog ini menyepi tanpa sebarang entri² yang berinformasi, kali ini Insya Allah, aku akan membawa perubahan kepada blog ini. Seperti yang sedia maklum, kebelakangan ini, aku sentiasa sibuk dengan kerja sehingga tidak dapat memberikan sepenuh perhatian pada target dan tujuanku berblogging.
Kalian pula tak putus² mengharapkan ku agar mengembalikan semula era kegemilanganku bertutorial sewaktu mula² berbloging dahulu, walaupun hanya berplatformkan Blogger (blogspot), suasana pada masa itu sungguh menyeronokan. Apa yang penting pada masa itu ialah keakraban sesama blogger sentiasa ada. Berbeza sekara ini, aku sedar, aku seakan menjauhkan diri dari kalian… maafkanku.. aku tidak seperti yang kalian sangkakan.. aku terbelenggu oleh perangkap pekerjaan yang semakin membuntukan. Aku tahu, ramai yang menganggap aku ini adalah sombong atau apa saja yang kurang enak untuk didengar. Aku tak kisah apapun yang kalian anggapkan. Aku hanya manusia biasa yang sememangnya tidak terdaya dan tidak sempurna dalam semua perkara.
Tak apa lah.. nasib badan.. Insya Allah, segala kebuntuan yang acap kali membebani fikiranku dalam tugasan kerja sebagai seorang programmer selepas ni akan berkurangan, aku akan cuba melaksanakan impianku untuk menjadi seperti kalian yang bebas dalam semua perkara. Aku sebelum ini hidup seperti katak bawah tempurung, terikat tanpa tali dek kerana kerja-kerja yang semakin membanyak! Aduh! sampai bila agaknya baru selesai?
Hari ini, 4hb April 2008. FizzOnline sekali lagi berwajah baru! Tahniah kepadaku dengan hanya beberapa jam mengedit, mengetest dan segala bagai.. akhirnya, apa yang ku cari² selama ini sudah ditemui..
Insya Allah selepas ni aku akan kembali beraksi dengan lebih bergaya, berinformasi, dan berkualiti! Tungguuuuu..~!
Sekian, Wassalam…

Updated! Aku yang baru! http://cli.gs/Vhd78T
Updated! Aku yang baru! http://cli.gs/Vhd78T