
SEPANG: Juara Grand Prix Australia, Jenson Button, meneruskan kisah hebat Brawn GP apabila diisytihar pemenang perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia yang terpaksa dihentikan pada pusingan ke-32 akibat hujan ribut di Litar Antarabangsa Sepang sebentar tadi.
Nick Heidfeld dari pasukan BMW Sauber dan Timo Glock dari pasukan Panasonic Toyota Racing pula masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.
Selepas dilanda hujan lebat dan ribut petir, pihak FIA mengambil kira keputusan setakat 32 pusingan daripada 56 pusingan sepatutnya.

F1 Grand Prix Malaysia musim ini turut menyaksikan sistem mata dibahagi kepada separuh berdasarkan pusingan perlumbaan yang terpaksa diberhentikan hampir separuh lebih awal daripada jumlah pusingan yang sepatutnya.

Berikut adalah keputusan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia yang terpaksa dihentikan pada pusingan ke-32 akibat hujan ribut di Litar Antarabangsa Sepang sebentar tadi.
1. Jenson Button (GBR/Brawn-Mercedes) – 5 pts
2. Nick Heidfeld (GER/BMW Sauber) – 4 pts
3. Timo Glock (GER/Toyota) – 3 pts
4. Jarno Trulli (ITA/Toyota) – 2.5 pts
5. Rubens Barrichello (BRA/Brawn-Mercedes) – 2 pts
6. Mark Webber (AUS/Red Bull-Renault) – 1.5 pts
7. Lewis Hamilton (GBR/McLaren-Mercedes) – 1 pts
8. Nico Rosberg (GER/Williams-Toyota) – 0.5 pts
9. Felipe Massa (BRA/Ferrari)
10. Sebastien Bourdais (FRA/Toro Rosso-Ferrari)
Updated! F1 Grand Prix Malaysia 2009 http://cli.gs/rYMM4y
Updated! F1 Grand Prix Malaysia 2009 http://cli.gs/rYMM4y