Barah Dendam!

by Fizz on April 7, 2009

Hari ini aku bernasib baik dapat pulang ke rumah tanpa sebarang kebasahan yang serius dek kerana hujan yang hebat melanda.

Selesai meng’SMS’ rindu pada si dia, aku berehat sebentar merenung tingkap melihat keadaan luar yang gelap. Hampir terlelap dibuatnya tatkala fikiran terbang melayang.

Hahaha.. terlebih sudah~!”

Aku dikejutkan oleh deringan telefon bimbitku yang sudah usang. ”Hehe..

“Oh.. bapak rupanya..”

“Hello..”, aku menjawab panggilan dari orang tuaku.
“Hoi! tak balik ke?”,
“Nak balik la ni..
“Cepat skit.. aku ade kat bawah ni
Ok jap..

Dengan keadaan yang agak kemalasan aku bingkas bangun mengemaskan apa yang perlu. Setelah ‘check-out’ kedatangan, aku menjenguk keluar. Ku lihat ayahku sedang menunggu dibawah pokok dengan teksi hitamnya itu. Aku terus mengunci pejabat dan turun ke bawah untuk ke tempat ayah ku berada.

***

Aku tiba di rumah hujan pula masih turun dengan gembiranya. ”Hehehe..

Aku terlihat bungkusan dari PakCik Laju (Pos Laju) di atas meja komputerku. Aku belek-belek bungkusan itu.

“Oh! sampai gak hadiah aku ni.. hihi..

Itulah hadiah hasil dari perahan otak menyiapkan tugasan setiap minggu untuk pertandingan antara blogger atau lebih dikenali sebagai Jom Layan Blogger Mania (JLBM) yang mirip kepada program realiti tv itu. Terima kasih JomLayan.com! ;)

latest

“Barah Dendam”, tajuk novel itu. Hadiah penyertaan JLBM 2009 Musim ke-3 tajaan Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd..

Dengan cerita yang berkisarkan kehidupan dan kenakalan remaja di alam persekolahan begitu mengasyikan. Jalan cerita yang tersusun, penggunaan bahasa-bahasa kasar yang sememangnya menjadi tuturan setiap remaja masa kini. Mudah difahami. Straight to the point. Haha.. nak tau? Baca sendiri.. Best! Tahniah kepada Kristal Merah yang kukira sebaya denganku.. :) kerana berjaya menghasilkan novel yang ‘merapu’ ni yang membuat aku terleka menghabiskan bacaan dalam masa kurang 6 jam tanpa henti.. hehehe..

Update: Secara keseluruhan.. cerita memang menarik.. lebih² lagi bila para remaja yang membaca.. mereka pasti akan teruja untuk mengetahui apa yang berlaku berikutnya.. tapi.. setelah habis aku baca.. ceritanya agak tergantung.. apa terjadi dengan cadangan pertunangan Zul dan Siti Suhana oleh Tok Hakim dan Tok Deraman? Bagaimana pula dengan Zul dan Suzana? Ada bahagian 2 mungkin? hehe..

Okey lah.. setakat ini saje lah cerpen aku kali ni.. hehe.. Wassalam..

{ 4 comments… read them below or add one }

1 rhea April 10, 2009 at 5:56 pm

nak pinjam leh? ekeke..

Reply

2 admin April 12, 2009 at 12:00 am

rhea
nak pinjam ye..? nak caj x eyk? :-& #8221; … :P hihihi.. gurau je.. kekeke..

Reply

3 SiGadis Bintang April 11, 2009 at 10:54 pm

firstly tahniah kat fizz coz berjaya jadi naib juara jlbm hihii…novel tu jangan lupa paste kat kita tau lalalalaa…

Reply

4 admin April 11, 2009 at 11:59 pm

SiGadis Bintang
haip… tasha ucuk… no 3 la.. hihihi… :P ok.. nnt fizz paste kat tasha eyh? tp camne eyk? hihih..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: