Giliran Claudia, Aishah Disingkirkan

by Fizz on May 3, 2009

4302009_claudiasingkira

KUALA LUMPUR, 2 MEI 2009: Tema Teater Muzikal nyata tidak menyebelahi 2 pelajar wanita dari Sarawak iaitu Claudia dan Aishah untuk terus mara ke konsert akhir Akademi Fantasia (AF7) yang hanya tinggal 2 minggu saja lagi.
Aishah yang membawakan lagu Slot Akasia dari Fabolus Cat dan Claudia menerusi lagu Katakan dendangan asal Tiara telah diumumkan hos AC Mizal menerima undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah daripada penonton.

4302009_aishahsingkira

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) di Dewan Seri Putra itu sekali lagi menampilkan kelainan di mana pelajar bukan saja menyanyi tetapi berlakon serta menari di pentas.Malah pelbagai gimik telah ditampilkan dengan menjemput ramai artis popular seperti Azrul, Sepah, Tony Yussof dan Cat Farish bergabung tenaga dengan pelajar.

Persembahan solo pelajar lelaki malam tadi ialah Akim (Titah Sultan /Puteri Gunung Ledang), Yazid (Ratu Novella/ Impak Maksima) dan Hafiz (Di Manakan Ku Cari Ganti/ P Ramlee The Musical).

Manakala satu-satunya pelajar wanita yang tinggal iaitu Isma mendendangkan lagu Mulanya Cinta yang menghiasi teater P Ramlee The Musical dan pernah dinyanyikan Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain persembahan solo, pelajar juga bergabung tenaga melalui 2 lagu bonus iaitu Dewa Perang dari PGL dan What Time Is It? dari filem High School Musical.

Dengan penyingkiran Claudia dan Aishah itu tadi, bermakna tinggallah lagi 4 orang lagi pelajar yang akan beradu nasib untuk mara ke konsert akhir yang akan berlangsung pada 16 Mei 2009. Pengkritik yang bertugas malam tadi ialah Adlin Aman Ramli, Dato’ Khatijah Ibrahim dan Edrie Hashim.

Sementara itu, sebelum berakhirnya konsert malam tadi, Principle Tiara yang terkejut dan seakan tidak puas hati dengan keputusan SMS tampil ke atas pentas. Beliau yang kesedihan menggunakan kuasanya untuk mengumumkan Afundi Masuk (AFMasuk). Namun, keputusan Principle itu masih belum diketahui prosesnya lagi.

Selain itu, penulis difahamkan, selain sebak dengan keputusan penyingkiran, Isma yang tidak tahan menitiskan air mata telah pengsan di belakang pentas.

Pun begitu, keputusan siapakah antara 10 pelajar yang tersingkir akan dibawa masuk semula terletak di tangan anda. Adakah Adila, Rini, Obri, Zizi, Rubisa, Sidi, Qhaud, Aril, Claudia atau Aishah? Nilai sendiri dengan menghantar AFMasuk untuk mereka.

Sumber : Murai.com.my

{ 1 comment… read it below or add one }

1 tabibah zainab August 5, 2010 at 3:38 pm

tata……

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: