TIADA PENYINGKIRAN, ARIL MASUK!

by Fizz on May 10, 2009

592009_arilmasuka

KUALA LUMPUR, 9 MEI 2009: Seperti yang dijangkakan, tiada sebarang penyingkiran berlaku pada konsert minggu kesembilan Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Sebaliknya, AC Mizal selaku hos tetap telah mengumumkan nama Aril sebagai bekas pelajar AF7 yang di AFMasuk semula ke dalam akademi. Jejaka manis yang berimej Jepun itu menjadi pilihan sebahagian masyarakat Malaysia untuk melayakkan diri beraksi di dalam konsert final AF7 nanti.

Dengan meraih undian SMS tertinggi, Aril meninggalkan pelajar-pelajar lain jauh di belakang termasuk Aishah dan Zizi yang sebelum ini turut menjadi pilihan segelintir peminat AF7 untuk di AFMasuk ke dalam AF7.

Kemasukan semula Aril di dalam konsert final AF7 ini akhirnya turut menamatkan spekulasi pelajar mana yang akan di Afundi Masuk, sekaligus memberikan harapan yang tinggi buat penggemar dan bukan penggemar Aril untuk melihat dia beraksi dengan lebih cemerlang lagi di atas pentas AF7 menerusi persembahannya yang sentiasa energetik, kreatif dan penuh tersendiri itu.

Lebih menarik lagi apabila Aril berpeluang beraksi semula bersama-sama bersama 4 pelajar yang telah sedia ada iaitu Isma, Hafiz, Yazid dan Akim yang kini telah menempa kedudukan yang selesa untuk beraksi di dalam konsert final AF7 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, pada Sabtu minggu depan.

Dalam pada itu, Akim, Yazid, Hafiz dan Isma bagaimanapun telah bertindak cemerlang dalam menyampaikan 2 tugasan lagu untuk konsert mingguan kesembilan yang hampir kesemuanya menjadi pilihan peminat mereka sendiri.

Akim ditugaskan membawakan lagu (Larut/Dewa 19, I’M Yours/Jason Mraz), Yazid, (Aku Skandal/Hujan, Where The Streets Have No Name/U2), Hafiz (I Believe I Can Fly/Hafiz, Laskar Pelangi/Nidji) dan (Isma Hot & Cold/Katty Perry/Aku Pasti Datang/Bunga Citra Lestari).

Sungguhpun begitu, rata-rata juri memuji Hafiz dan Akim kerana berjaya menyampaikan kedua-dua lagu persembahan mereka pada malam itu dengan begitu berkesan sekali.

Sumber : Murai.com.my

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Trackbacks

  1. Mr.Bintang says:

    Blog Updated! TIADA PENYINGKIRAN, ARIL MASUK! http://cli.gs/UTAhpW

  2. Mr.Bintang says:

    Blog Updated! TIADA PENYINGKIRAN, ARIL MASUK! http://cli.gs/UTAhpW

Previous post:

Next post:

JLBM 2009 #3 : Aku, Kutukan Dan Kritikan
H1N1: Angka kematian seluruh dunia hampiri 1,800
Nik Aziz Sanggup Terima Tajaan Tunai Haji Tahun Depan
Kecik-kecik lagi dah pandai hisap rokok!
Malaysia Mara Ke Pusingan Kedua Kelayakan Olimpik 2012