
Hurmmmm.. dah lama rasanya aku tidak menerbitkan entri-entri berilmiah seperti tips dan tutorial yang pernah aku terbitkan untuk anda semua suatu ketika dahulu. Jom kita mulakan!
WordPress (selfhosting) User Only!
Dewasa ini, oops.. bukan! berkurun sudah, pemilik-pemilik blog WordPress termasuk aku sendiri telah mengalami serangan aktiviti-aktiviti SPAM yang amat berleluasa. Serangan dilakukan bukan setakat 2 atau 3 SPAM, kadangkala sehingga mencecah ratusan SPAM dalam masa yang singkat. Sungguh merunsingkan! Di sini, aku ingin berkongsi tips yang aku gunakan bagi menangani masalah SPAM yang korang sendiri pun tak larat nak handle.
Aku hanya menggunakan 2 plugin.
- Memasang AKISMET
Akismet sememangnya sudah tersedia sejak awal pemasangan WordPress lagi. Cuma, apa yang dapat aku lihat, ramai di kalangan rakan-rakan blogger sekalian tidak begitu mengendahkan Akismet. Mungkin mereka tidak tahu apa itu Akismet atau jika ada yang memasangnya, tidak tahu di mana untuk mendapatkan WordPress.com API Key. Begitu mudah sebenarnya untuk mendapatkannya.
Cuma daftar SATU akaun di WordPress.com dan kata kunci API tersebut terletak di dalam Profile anda selepas korang mendaftar.
Pergi ke Profile dan…
“Your WordPress.com API key is: xxxxxxxxxxxx. Don’t share your API key, it’s like a password.”
- Memasang WP-Ban
Cara ini lebih mudah untuk menghalang SPAM dari terus menyerang. Bagaimana?
Pergi ke Dashboard WordPress korang, pilih Plugin > Add New dan search keyword ‘WP-Ban’ then Install dan Activate!
Setelah selesai, pergi ke Setting > Ban.
Di sini terdapat beberapa setting yang korang akan lihat.. tak perlulah aku nak menerangkan kesemuanya.. rasanya korang akan faham dengan sendirinya.. just lihat dan cuba! Berani cuba berani tanggung.. haha..
Baiklah.. disini aku terangkan apa yang aku buat..
Dengan pemasangan Akismet, aku dapat mengenalpasti senarai IP yang terlibat dalam serangan bom di Bali SPAM di blog kita.. Kumpulkan senarai IP yang terlibat seterusnya masukkan IP tersebut dalam ruang Banned IPs sahaja! Mulakan IP baru di barisan yang baru.
Contoh:
194.8.74.220
194.8.75.163
194.8.75.149
Seterusnya klik butang Save Changes dan tunggu hasilnya.
Selepas beberapa hari kemudian, lihat Ban Stats.
Korang boleh tengok sebanyak mana cubaan menyerang yang dilakukan oleh SPAMMER yang menggunakan IP yang disenaraikan tadi GAGAL!
Itu sahaja tips aku pada entry kali ini..
Semoga berjaya!


{ 2 trackbacks }