
Anda pasti tahu mengenai angka 2012 bukan? 2012 dipecayai adalah tahun berakhirnya dunia (the end of the world) atau hari kiamat. Tahun 2012BC adalah ramalan daripada masyarakat purba (Mayan) mengenai hari kiamat. Pada tahun ini juga dipecayai berlaku gempa bumi besar,ombak mega tsunami dan juga pelanggaran antara Bumi dan Planet X. Pihak NASA tidak menafikan tentang kewujudan Planet X atau Nibiru yang menuju kearah bumi. Apa agaknya yang akan anda lakukan seandainya perkara itu benar-benar terjadi? Masa depan kita sudah pun diketahui.. dan perlu di ingat, semua itu adalah ramalan barat tentang kejadian Hari Kiamat.
Bagi kita umat Islam.. percaya pada Hari Kiamat merupakan rukun Iman yang k-5 dan kita wajib percaya pada suatu hari nati dunia akan hancur lebur, rosak binasa dan segala mahluk benyawa pasti akan mati, kemudian manusia akan dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan.
Hari Kiamat = Segala-galanya akan hancur lebur..
Jom kita lihat apa gambaran barat tentang hari kiamat.. 
Ngerinya… Tapi kuasa tuhan siapa tahu? Mungkin lebih besar dari apa yang digambarkan.. Wallahualam..

{ 32 comments… read them below or add one }
hohoho… mmg dia citer kalo bikin gempak gile…
hebat bapak dahsyat…
siap ada Kaabah agi kat official trailer…
adoooiiii… erm..
kiamat akan berlaku lebih dahsyat dari ni..
tarikhnya adalah salah satu rahsia Allah…
tapi dari apa yg dia simpulkan Kiamat berlaku 2012…
pada pandangan aku ianya satu tarikh yg mustahil…
Kiamat takkan berlaku sebelum keluarnya dajal..
sebelum turunnya Isa bin Mariam di menara putih…
sebelum keluarnya Yakjuj & Makjuj…
sebelum keluarnya binatang melata di muka bumi…
sebelum keluarnya asap tebal dan kabut…
sebelum terbitnya matahari dari barat…
sebelum matinya semua umat Islam…
sebelum munculnya Bani Iblis…
sebelum keluarnya api yg akan mengumpulkan manusia di negeri Syam…
dan sebelum lagi keluar tanda² besar kiamat yg lain …
dalam 3 tahun korg rasa mungkinkah smua ini?
mmg kita perlu beriman pada hari Kiamat…
tapi ianya amat mustahil pada 3 tahun lagi…
just my opinion…
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: “Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?” Kami menjawab:”Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya”; Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat.” Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal, Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya’juj wa Ma’juj…”
Kill-Vearn´s last blog ..QuranFlash: Read Quran in your PC
21/12/20012 ari jadi aku adeyyhh.. kalau kiamat lagi dahsyat ni.. akal manusia xleh gambarkan aku rasa
jgn pikir kiamat dunia aje, klu kite x dpt mghadapi kiamat dunia. kite pon mghadapi kiamat diri iaitu mati..x kire la x mustahil 3 taun lg atau tdk, sape tau ntah2 sok kite akn pergi dr dunia ni…
bleh th x sepulah ari kiamat
org barat suke sgt merepek…mcm semua bende dorang tau…apa2 hal dorang mmg mangkuk
betol3.. pe yg dikatakan oleh Kill-Vearn… bila kiamat akan berlaku, hanya Allah shj yg tahu… Waallahualam…
eh btul ke kiamat 2012.Kite bukan tahu pun kiamat 2012.
aku ni kakak aisyah.aku tak nk berpisah dengan die.
Subhanallah… hanya akal dan iman yang dapat menilai sesuatu yang hanya dipengetahuan ALLAH ‘tuhan yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya Kiamat itu pasti berlaku namun tiada siapa yang mampu meramalnya. Bertaubatlah ! jangan percaya pada dakyah yahudi durjana yang pandai dan pakar dalam menyesatkan dan memesongkan akidah umat Islam
sokong MRS SITI.
2012 hanyalah utk memesongkan aqidah umat Islam supaya percaya pd mereka(yahudi) bila kita ikut pd mereka ., maka iman kita telah terpesong dan mungkin juga murtad.Ini hanyalah semata-mata utk murtadkan kita secara halus..
filem 2012 tu cuma filem jak.bukan betul betul pun.lagi pun kalo kamu percaya ngan agama kamu,kamu tidak akan terpesong dari akidah kamu..hal hal yang diperkatakan seperti 2012 tak payah dipeduli semua itu.yang penting diri ini punya iman yang kuat..
wa ngeri……………aq tkyt
bodoh gila la org yg bikin citer 2012 ni…
tapi apa2 yang aku tau kiamat akan berlaku pada hari jumaat.. aku cek kalendar sah hari jumaat??? hadui gentor juga aku diwat nyer…. iman dah la x cukup.. adui
tapi apa2 yang aku tau kiamat akan berlaku pada hari jumaat.. aku cek kalendar sah hari jumaat??? hadui gentor juga aku diwat nyer…. iman dah la x cukup.. tapi apa2 pun bukan ke patut kita teguh kan iman dari sekarang?? ke nak tunggu lagi setahun dua atau tiga tahun lagi??? Allah tu maha kuasa… bila dia sebut jer kun fayakun… jadi tu jadilah ia
kalo iye pun sibuk2 kiamat lambat, yg ckp kiamat lambat lagi tu mcm ada can nak wat jahat lagi ke?apa lagi kuatkan lah iman masing2 dan taubat
assalamualaikum..
aku cume nk bg sikit pendapat aku..
kte tahu kiamat tu memg rhsia allah..
tp tande2 nye memg kte bley cri..
lgpon tande2 besar tu bkan nye perlukan mase yg lame ntuk brlaku
contohnye,dajal..yg memerintah dalm mse 40 hari je,
cme mse 40 hr 2 drasekan brtahun..
aku pnah trbace dlam..
cbela korng cr sendiri..hadis muslim x silap aku..
cme kite x ley pcye pe yg da diramalkn..
tp pringatan akn dturunkan sblum bnar2 brlakunye kiamat..
myb allah tunjukkn supaye kite sdar dan brtaubat kpadenye..
klau bnar ianye berlaku??pe yg pnting btaubat la dr skrg..
untuk ingatan aku sendri yg terlalu bnyk dose gak..
wsalam
askum,aku da skit pndpt yg nk share ng korang,em..aku pn bkn manusia yg prfect…tp ni skadar idea nk share ng korang..mmg kta kne pcye kiamat pasti brlaku,wlupn ptandany skrng dh nmpk skit,tp maksiat ttp jge luas trbentang,.hanya allah yg menentukn bla hri kiamat akn dtg..tp kte kne le byk2 bramal soleh..tgk le islam skrng byk ikut predaran zaman…lg up to date,lg byk dose kta nie..xkn nk tgu matahari terbit area barat bru nk taubat..xkn nk tgu dajal tibe kt mka bumi ni bru kte nk byk wt ibadat..pe pn allah yg mgetahui sgalany…..brtaubat ie wahai saudara islam ku..
herm…
ak nk wt research tntg kiamat ni..
its my first assignment…
keempat2 ktab smua nyatakan psal kiamat..
tp…xde satu pn ktab yg nyatakan tarikhnye….
knpe,msti da knytaan psal 2012 is the end of the day?
klau org kafir yg amlkan ktab injil,dr mne diorg dpt psal cte 2?
sdgkan dlam ktab 2 sndri no specific day when the doomsday will occur…mmng kiamat 2 akan brlaku…tp sbg sorg islam,kiamat 2 hnya rhsia Allah…just God know the days…tp ak ttarik dgn knyataan when i was watching Numbers…dgn numbers diorg blh kji psal kiamat..btl ke?da bkti ke?
Yang penting kite perlu beramal dan ingat kepada Tuhan… Kiamat atau tidak pada 2012 tidak mempunyai perbezaan kerana kite wajib bersiap sedia menghadapi nye..
Sarah´s last blog ..Western Union Google Adsense Payment
mengarut btul,
macam mana tau kiamat pada 20012,
tapi yang aku tau, kiamat berlaku pada hari jumaat ja
diaorg mmg mangkuk ayun buat cerite……mengarut semua tu
Mo ambil cuti 1 bulan, ngumpul ma keluarga….
org barat memang merepek buat cerita……..diaorg nak pesong kan akidah umat2 islam je….org yahudi memang mangkuk buat cerita!
assallamualaikum. cerita ni dia pya iklan je nampak mcm real. tp last skali hidup gak.ape yg end tah. dorg punya saje nak pesongkan aqidah umat Islam. yg ramai pi menonton pun mmg org Islam. tapi mcm ada sahabat kita kata…kita anggap ni antara satu peringatan dari Allah. manusia ni kalau dah bagi date baru nk beringat. kalau tak, buat sambil lewa….so beringatlah..kembali ke jalan Allah yg Satu..ingat janji Allah. Mati itu pasti. dan Qiamat itu sudah tertulis dalam kalamullah.al-Quran nur karim akan terjadi.wallahualam
assalamualaikum…
kte mne thu kiamat tu bile…
hnye tuhan sjew yg tahu bila kiamat tu akn mnjelang…
kte sbagai umat islam kne pcaye hari kiamat…
tpi jgnlah kte yg tntukan kiamat tu bile,kite bkn tuhan…
spe la tu yg pndai2 ckp kiamat tu tahun 2012…
mne ad,jgn tpedaya dgn owg yg x tahu tntang islam…
cme kte kne ykin yg kiamat tu mmg ad…
so,sbelum reka2 cite,bce tntang islam dlu…
spe yg trasa mnxak maf yew…
assalamualaikum
1-Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknye seperti tanduk besar)yg memekakkakn telinga,seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain..Selepas itu,Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2-Selepas semua makhluk mati,Allah pun berfirman mafhumnya”kepunyaan siapakah kerajaan hari ini”Tiada siapa yg menjawab.Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg MAha KUasa lagi Maha kekal Hidup,tidak mati.
3-Selepas 40 tahun,Malaikat Israfil a.s. dihidupkan,seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke 2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Masyar(umpama padang Arafah) yang tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4-Sekelain makhluk hidup melalui benih nabi Adam yang disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka.Hiduplah manusia umpama anak benih yang kembang membesar dari biji benih.
5-Semua manusia dan jin dibangkitkan dalama keadaan telanjang dan hina.Mereka tidak ada rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6-Lalu datanglah api yg berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yg banyak amal),berjalan kaki(bagi yg kurang amal) dan berjalan dengan muka(bagi yanag banyak dosa).Ketika itu, ibu akan lupakan anak,suami akan lupakan isteri,setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7-Setelah semua makhluk dikumpulkan,matahari dan bulan dihapuskan cahayannya,lalau mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.Berlakulah hura-hara yang amat dahsyat.
8-Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat,lalu turunlah Malaikat sambil bertasbih kepada Allah TA’ala.Seluruh mahkluk terkejut melihat saiz malaikat yanag besar dan suaranya yang menakutkan.
9-Kemudian matahari muncul semula denagn kepanasan yang berganda.Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.Ulama berkata jika matahri naik di bumi seperti keadaaanya naik di hari kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.Lalu mereka merasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh menjadi lautan.Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10-Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi,warnanya lebih putih dari susu dan rasannya lebih sejuk dari embun.Ia mempunyai saluran ayng mengalir dari syurga.
11-Semua makhluk berada di bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.Mereka ialah :
i-Pemimpin yang adil.
ii-Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
iii-Lelaki yg terikat hatinya dengan masjid.
iv-Dua orang yg bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
v-Lelaki yg diaajak oleh wanita berzina,tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut kepada Allah”
vi-Lelaki yg suka bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai)
vii-Lelaki yang suka bersendirian mengingatkan Allah lalu mengalir air matanya takutkan Allah.
12-Oleh kerana tersangat lama menunggu di Padang Mashyar,semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para nabi”.Maka mereka pun pergi mencari para nabi.
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan denagn Allah,NAbi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s, NAbi Isa a.s(semuanya memberikan sebab seperti nabi Adam a.s) dan akhirnya mereka berjumpa nabi Muhammmad s.a.w.Jarak masa antara satu nabi yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13-LAlu berdoalah baginda NAbi MUhammads.a.wke hadrat Allah TA’ala.Lalu diperkenankan doa baginda.
14-Selepas itu terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua mahkluk kerana mereka sangka azab akan turun.Lalu terbelah langit,turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertsabih dengan suara yang amat kuatsehingga Arasy itu tiba di bumi.
15-Arasy ialah jisim nurani yang mata besar berbentuk kubah(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah.Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. IA dilinkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16- Kursi iaiti jisim nurani yang terletak dihadapan Arasy yang dipikul oleh malaikat yang sanagt besar.Saiz kursi lebih kecil dari Arasy umpama cincin di tengah padang.DAlam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang diletakkan di hdapan istana.
17- Semua mahkluk menundukkan kepala kerana takut.Lalu dimulakan timbnagan amal.Ketika itu berterbanglah kitab amalan masing-masing yg turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga dipanggil untuk dihisab.Kitab amalan ini telah ditulis oleh Malaikat Hafazhah? RAqib & Atid /kiriman Katibin.
18-Manusia beratur dalam saf mengikut nabi dan pemimpin masing-masing.Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.Setiap pengikut ada tanda mereka sendiri untuk dibezakan.
19-Umat yang pertama kali dihisab adalah umat nabi MUhammad s.a.w,dan amalan yang pertama dihisab adalah solat.Sedangkan hukum yang pertama kali diputusakan adalah pertumpahan darah.
20-Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya ,malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengantnagan kiri bagi orang bukan mukmin.
21-Semua mkahluk akan dihisab amalan mereka dengan menggunakan satu Neraca Timbangan.Saiznya amat besar,mempunyai satu tiang yang menpunyai lidah dan 2 daun.Daun yang bercahaya untuk meninbang pahala,dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22-Acara ini disaksikan oleh Nbi MUhammmad s.a.w dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23-Perkara pertama diminta ialah Islam.Jika dia bukan Islam,maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24-Ketika dihisab mulut manusia akan dipateri,tangan akan berkata0kata dan kaki akan menjadi saksi.Tiada dolak dalih dan hujah tipuan.Semua akan diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana..
25-Setelah amalan ditimbang,mahkamah mashyar akan dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehingglah seluruh mahkluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26- Syafaat Nabi MUhammad s.a.w di akhirat :
a-Meringankan penderitaan mahkluk dipadang Mashyar dengan mempercepatkan hisab.
b-Memasukkan manusia ke syurga tanpa dihisab.
c-Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah TA’ala.
27-PAra Nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka.Mereka ini berjumlah 70,000.Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan70,000 orang yang lain.
28-Setelah berjaya dihisab,manusia kan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat.Siratul MSUtaqim ialah jambatan (titian )yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehlai rambut yang dibelah 7, dan ia lebih tajamdari mata pedang.Bagi orang mukmin ia dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29-Fudhail bin Iyadah berkata perjalanan di sirat memakan masa 15000 tahun.5000 menaik,5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.Ada mahkluk yang melintasinya seperti kilat,seperti angin,menunggang binatang korban dan berjalan kaki.Ada yang tidak melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka ,lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30-Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap mahluk yang lalu.Setiap 1000 orag yang meniti sirat,hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya.999 orang akan terjatuh ke dalam neraka….
Rujukan :
kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin MUhammad AlFathani.
hari kiamat emang ada tapi,, itu hanya tuhan yang tahu kapan itu akan terjadi,wawallah hu alam,,
salam,,,,,,,,,,kiamat sentiasa berlaku,,,,,,tetapi akhirat x siapa tahu akan bila berlaku,,,,,,,eeeeee takot,,,,,,,,pada akhirat ALLAH akan melipatkan bumi dengan tangan kanan Nya da langit dengan tangan kiri Nya,,,,,,
sahabat tanya rasullah. Bila Kiamat? Rasul menjawab. Tempoh dari subuh hingga magrib, magrib adalah kiamat. Masa diaglog ini adalah waktu asar.Tempoh kiamat dari diaglog ini adalah dari asar hingga magrib. Adakah tahun 2012 magrib?.
wee
taubat .
Assalamualaikum,
Maafkan saya jika menegur. Kita umat islam harus saling tegur-menegur.
Apa yang saya lihat, kebanyakan komen yang ditulis mengutuk filem 2012 dan menyatakan bahawa filem tersebut boleh memesongkan akidah orang islam.
Pada pendapat saya filem tersebut bagus dan memang patut ditayangkan ke seluruh dunia.
Saya memang bersetuju benar apabila saudara/saudari menyatakan bahawa tarikh berlakunya akhirat hanya diketahui oleh Allah S.W.T.
Berbalik kepada filem, kita dapat lihat bahawa filem ini berjaya membawa kesedaran kepada manusia seluruh dunia tentang “end of the day”. manusia akan mula berfikir tentang kiamat dan mula kembali kepada agama masing2, malah ada yang akan cuba mengkaji tentang kebenaran agama lain dan sudah pastinya mereka akan dapati agama islam adalah agama yang benar. Secara automatiknya membawa kepada lebih ramai saudara islam yang baru. Saya ada membaca komen orang barat tentang hari kiamat, dan banyak juga komen yang hampir serupa dengan komen saudara/saudari sekalian. Jadi kesimpulannya, komen2 yang ditulis tidak menunjukkan adab2 yang dianjurkan oleh Islam.
Tentang terpesong akidah, kita sebagai umat islam harus pandai menilai yang mana yang baik dan yang mana buruk. Jika bimbang kerana kekuatan iman yang lemah kita boleh merujuk 2 wasiat Rasullullah S.A.W sebagai panduan. (al-Quran dan Hadis) Kita lihat, kita fikir, kemudian tapis yang tidak elok.
p/s: kita pun xley wat filem mcm diorang. nk komen yg bkan2 plak.
Yang baik itu datang dari Allah S.A.W yang buruk itu datang dari kesilapan saya sendiri.
Wallahualam.
{ 5 trackbacks }