Bayi dilahirkan tanpa alat kelamin!

by Fizz on June 16, 2009

baby
Bapa bayi tanpa jantina, Rodzake Namis, 34 (kiri) menunjukkan anaknya, Muhammad Nabil Mustaqim, 10 bulan yang dilahirkan tanpa kemaluan dirumahnya di Kampung Batu 5, Jalan Kuala Perlis dekat sini, hari ini. Turut kelihatan ialah ibu bayi, Zatul Bazamah Abd. Rahman, 26, (kanan). Foto BERNAMA

KANGAR: Seorang bayi didapati dilahirkan tanpa memiliki alamat kelamin dan mempunyai kecacatan lain pada anggota badannya.

Muhammad Nabil Mustaqim bin Rodzake yang dilahirkan pada 10 Ogos tahun lalu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata.

Dia diberi nama berdasarkan jantina lelaki kerana ujian DNA mengesahkan bahawa bayi itu lebih bersifat kelakian.

Sehubungan itu timbul kerisauan yang amat mendalam dihati kedua ibu bapa bayi malang ini.

“Saya sayu memikirkan masa depannya jika dia makin membesar tanpa kemaluan dan tekanan emosi yang pasti dialaminya,” kata ibu bayi berkenaan, Zatul Bazamah Abd Rahman, 26, dari Kampung Batu Lima dekat sini.

Beliau turut berkata pada masa ini anaknya membuang air kecil melalui dubur secara semula jadi.

Beliau merayu agar pakar-pakar perubatan dapat membantu mengatasi fenomena luar biasa yang dialami anak keduanya itu.

Bayi itu kini menerima rawatan pakar di HTF dan Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dan mereka sedang memerhati perkembangan bayi berkenaan.

“Kami diberitahu bahawa anak kami perlu menunggu sehingga dia lebih dewasa untuk menentukan kaedah rawatan yang sesuai untuk jantinanya. Bagi kecacatan lain, kami diberitahu ia boleh diatasi dengan pembedahan plastik selepas bayi kami berumur empat tahun,” kata Zatul Bazamah.

Namun suaminya, Rodzake Namis, 34, berharap proses rawatan dapat dilakukan semasa usia anak mereka masih kecil kerana bimbang tentang kesan emosi yang bakal dialami apabila anak mereka sudah agak dewasa. BERNAMA

(Sumber: mStar Online)

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

dah org tu kte die sedey..xkan suke lak...(EVEN GAMBAR SENYUM) abeh x kan nak melolong mase angkat budak tu??! suke ati je ckp nak publisiti -.-@zaid

ciannye..bsbrlah mgkn ada hikmah disebaliknya..

mak bapak dia macam suka ke.. maybe nak publisiti kot..
.-= zaid´s last blog ..Video Promo – Mohdzaid.com =-.

salam...
subhanallah....semoga yg terbaik untuknya....insyaAllah ada hikmah disebalik semua ni....

sian ye bdk ni. huhu. takut nti cmne besar2. tekanan emosi tu 4 sure la
.-= ubey´s last blog ..Kemusnahan Hidup. Kejatuhan Total. =-.

Masyaallah! kesiannya tengok baby ni..huhuhuh..mungkin ada hikmah kot ..sapa yg tau?
.-= lisa estrada´s last blog ..Kenapa Perlu Menjadi Ahli Glitterati Nuffnang? =-.

agaknya macamana bila dia besar nanti?
mesti ada tekanan perasaan kan.. T__T

takutnya aku baca. lelaki atau perempuan budak ni?
.-= marzuki´s last blog ..Memasang Recent Post With Thumbnail + Comment Count =-.

mengikut ujian DNA.. budak tu dikatakan lelaki.. huhuhu.. gerun seyh.. masa depan dia mcm mana nnt? :(

Trackbacks

  1. Mr.Bintang says:

    Blog Updated! Bayi dilahirkan tanpa alat kelamin! http://cli.gs/UVWuaV

  2. negaraku.net says:

    Bayi dilahirkan tanpa alat kelamin!…

    Bapa bayi tanpa jantina, Rodzake Namis, 34 (kiri) menunjukkan anaknya, Muhammad Nabil Mustaqim, 10 bulan yang dilahirkan tanpa kemaluan dirumahnya di Kampung Batu 5, Jalan Kuala Perlis dekat sini, hari ini. Turut kelihatan ialah ibu bayi, Zatul Bazama…

Previous post:

Next post:

Facebook, Twitter cuba atasi serangan
[Video] Lingkaran Cahaya Misteri di Norway
Gegaran Kecil Di Batu Niah Dan Suai Di Sarawak
Isteri Dibelasah Hingga Mati Kerana Berbual Di Telefon
Gerhana Bulan Separa Sabtu Ini