Maknyah terkedu pelanggan meninggal dunia

logohm
Terkedu aku membaca berita yang akan terpapar di Harian Metro esok!! (30 Jun 2009)

KUANTAN: Kelu lidah seorang maknyah apabila `pelanggannya’ pengsan secara tiba-tiba ketika berada di sebuah bilik sewa sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang, mangsa Harun Mohd Salleh, 78, dari Kubang Buaya, di sini ditemui mati di tempat kejadian dengan masih lengkap berpakaian.

Harian Metro difahamkan, mangsa yang baru tiba di bilik sewa berkenaan berbaring di atas katil sebelum mangsa memegang dadanya sebelum terus tidak sedarkan diri.

Terkejut dengan keadaan mangsa, mak nyah berusia 31 tahun itu berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu menghubungi rakannya untuk meminta bantuan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis dan ambulans.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan, Zulkifli Taha, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut sebelum mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

ASTAGA!!

Trackbacks

  1. Mr.Bintang says:

    Blog Updated! Maknyah terkedu pelanggan meninggal dunia http://cli.gs/6b4p5

  2. negaraku.net says:

    Maknyah terkedu pelanggan meninggal dunia…

    Terkedu aku membaca berita yang akan terpapar di Harian Metro esok!! (30 Jun 2009)…

Previous post:

Next post: