Upacara peringati Jacko boleh diikuti dalam Facebook, MySpace

by Fizz on July 7, 2009

mjSAN FRANCISCO: Semua ahli dan pengguna laman sosial internet – Facebook dan MySpace boleh mengikuti upacara peringatan terakhir Michael Jackson yang diadakan hari ini secara online.

Pengguna Facebook juga boleh mengikuti klip video secara talian berikutan kerjasama dengan stesen tv CNN yang melakukan siaran langsung majlis peringatan terakhir raja pop itu.

Pengguna MySpace pula juga ditawarkan pakej yang sama hasil kerjasama MySpace dengan penganjur majlis, AEG.

“Upacara peringatan terakhir itu dipancarkan terus dalam talian. Ia diberi percuma dan orang ramai juga boleh menghantar komen yang dimasukkan terus ke profil laman Michael Jackson,” kata Sarah Joyce dari MySpace Music.

MySpace Music juga menawarkan ahlinya mendengar lagu nyanyian Michael secara online dan percuma menerusi kerjasama News Corp dan Sony Music.

Laman Michael Jackson di Facebook kini dilayari 6.5 juta peminatnya, menjadikan ia laman peminat paling popular ketika ini.

Koleksi Michael juga ditawarkan dalam Facebook dan antara yang mendapat tempat ialah sarung tangan penyanyi itu kini sudah dijual kepada 800,000 ahli Facebook. – AFP

Sumber: Berita Harian Online

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Trackbacks

  1. Mr.Bintang says:

    Blog Updated! Upacara peringati Jacko boleh diikuti dalam Facebook, MySpace http://cli.gs/X9YB9

  2. Mr.Bintang says:

    Blog Updated! Upacara peringati Jacko boleh diikuti dalam Facebook, MySpace http://cli.gs/X9YB9

  3. negaraku.net says:

    Upacara peringati Jacko boleh diikuti dalam Facebook, Myspace…

Previous post:

Next post:

JLBM 2009 #4 : Aku Dan 7 Alasanku
Ronaldo ke Real Madrid setelah dapat tawaran 80 juta pound
Pengantin baru antara 4 maut dalam nahas kereta-bas
20,000 dipindah gunung berapi Mayon di Filipina meletus
Enjin carian Goojje cabar Google di China