Tujuh kampung jadi kubur besar

by Fizz on October 14, 2009

.

.

Indonesia henti operasi cari mangsa tertimbus akibat gempa di Sumatera

PADANG: Pihak berkuasa Indonesia semalam mengisytiharkan tujuh perkampungan yang musnah teruk akibat tanah runtuh berikutan gempa bumi, sebagai kubur besar selepas operasi mencari lebih 200 penduduk yang tertanam dihentikan.

Keputusan membatalkan operasi mencari di perkampungan yang ditelan bumi berikutan tanah runtuh selepas gempa bumi berukuran 7.6 melanda pulau Sumatera 30 September lalu dibuat hasil rundingan dengan penduduk tempatan, kata ketua polis daerah Padang Pariaman, Uden Kusumawijaya.

Bencana yang turut memusnahkan bandar berhampiran, Padang itu membunuh 809 penduduk, menurut angka kematian rasmi terbaru dikeluarkan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata bencana itu mungkin meragut hingga 1,100 nyawa.

“Ada satu perjanjian untuk menghentikan kerja mencari mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh berikutan gempa bumi itu. Masyarakat setempat menyetujuinya,” kata Kusumawijaya kepada pemberita.

“Kawasan tanah runtuh itu disifatkan sebagai kubur bagi mereka yang tertanam,” katanya.

Sejumlah 225 penduduk dipercayai tertanam dalam kejadian itu, kata jurucakap daerah Padang Pariaman, Syofrian.

“Sudah pastinya ada sesetengah penduduk tidak bersetuju, tetapi kebanyakan menyatakan persetujuan, jadi kami menghentikan kerja mencari mangsa. Ia sukar untuk mencari mangsa yang masih tertanam,” katanya.

Sekurang-kurangnya 100,000 kediaman musnah dalam gempa bumi itu dan seluruh kampung ditimbusi dengan tanah runtuh. Dianggarkan 500,000 penduduk kehilangan tempat tinggal berikutan bencana alam itu. – AFP

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

macamana terjadi bencana yg menimpa di negara jiran ni kan...kebykn mereka adalah Islam..pemimpin nye pun Islam. Puncanya adalah mereka tidak pernah bersyukur dan tak pernah bersujud kpd Allah. Mereka lalai dan byk terpesong dari segi akhlak dan akidah serta ibadah yg perlu dipertgjwbkan ..huhu. renung2kanlah.
.-= alesyahana´s last blog ..Kiroro Mirai E lyrics =-.

Previous post:

Next post:

[Gambar] Akhil - Waheeda | Segala²nya sudah terjawab..
Azizan Tekad Berenang Dari Perlis Ke Kelantan Julai 2010
Langkah Taja Pasukan Mercedes Atas Aspek Komersial - Petronas
Pelajar SPM Terbaik Diiktiraf, Wajar Mendapat Bantuan Kewangan - PM
JPJ Terus Menyamar Penumpang Bas Ekspres Bagi Cegah Kemalangan