Entri ini di salin dari blog CINA ISLAM (林川興).
Email: Zamri Keciks
Awas semua muslimin dan muslimah!
GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.
Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya…….
Cuba lihat kat pic ini.
Cuba lihat dekat-dekat……..
Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???
Belek punya belek…..hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di……. di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS “Green Bean Soy Drink”, lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.
Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)
Sumber: Haram GREEN Soya bean drink from YEO’s dan FANTA APPLE
Hasil dari bacaan ini, aku tergerak untuk mencari kepastian tentang kebenaran email ini. Tanpa membuang masa, aku terus membuat kajian. Dengan menggunakan khidmat Google Search, pelbagai sumber aku temui, aku kaji dengan teliti. Dan apa yang aku dapat…
GREEN BEAN SOY DRINK
Number: E471
Name: Mono-and Diglycerides of Fatty Acids
Description: Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
Halal Status: Mushbooh, Halal if it is from plant fat, Haraam if it is from pork fat.
Konklusi: Status halal atau haramnya GREEN BEAN SOY DRINK adalah 50/50 = was-was.
Kalau kita was-was apa maknanya?
Fikir-fikirkan lah ya…
FANTA APPLE
Number: E211 & E224
Name: Sodium Benzoate & Potassium Metabisulphite
Description: Preservative
Halal Status: Halal
Konklusi: FANTA APPLE = HALAL
Apa pula yang tertulis dalam email tadi?
Dari mana sumber yang mengatakan E211 & E224 itu adalah LEMAK BABI?
Maklumat lanjut anda boleh rujuk di sini.
Aku mungkin tidak berapa arif dalam hal² seperti ini…
Aku sekadar menyampaikan, betul atau tidak, benar atau salah penyampaian aku, Wallahualam…
Jika aku tersilap di mana-mana, harap ditegur dan perbetulkan… dan aku memohon maaf atas kesilapan itu…
Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T
Segala yang buruk adalah dari kelalaian dan kekhilafan kita sendiri…
Wassalam…





{ 3 trackbacks }