Mangsa Banjir Di Kedah Semakin Meningkat

ALOR SETAR, 15 Nov (Bernama) — Keadaan banjir di Kedah semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,062 orang membabitkan 255 keluarga berbanding 679 orang malam Sabtu.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata sebanyak 13 pusat pemindahan telah dibuka di tiga daerah iaitu masing-masing enam di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu manakala satu di Padang Terap.

“Daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi apabila seramai 711 orang membabitkan 158 keluarga diarahkan berpindah selepas rumah mereka dinaiki air,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Beliau berkata jumlah mangsa banjir di daerah Kota Setar adalah sebanyak 314 orang dari 89 buah keluarga manakala di Padang Terap jumlah mangsa berkurangan kepada 37 mangsa dari lapan keluarga.

“Setakat pukul 11 pagi tadi, hanya Sungai Pantai Johor sahaja yang mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 2.30 meter (paras bahaya 2 meter),” katanya.

Sumber: bernama

nizar

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Trackbacks

  1.   Mangsa Banjir Di Kedah Semakin Meningkat by Aku dan blog…..

    Keadaan banjir di Kedah semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,062 orang membabitkan 255 keluarga berbanding 679 orang malam Sabtu….

Previous post:

Next post: