[Berita Penuh] Pengantin baru antara 4 maut dalam nahas kereta-bas

by Fizz on December 11, 2009

KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.

Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.

Orang ramai melihat kereta yang remuk apabila bertembung dengan sebuah bas sekolah  dalam kemalangan di Paya yang mengorbankan tiga beranak yang baru selesai majlis akad nikah di Anak Bukit Alor Star menuju ke rumah mereka di Taman Melati Indah dekat sini.  - Gambar Rizal Braim

Katanya, semua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.

Mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zull Aznam berkata, tayar kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.

“Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya,” katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Teh Afifah, 23, pengantin perempuan 3 jam tidak dapat menahan sebak apabila menziarahi jenazah suaminya Mohd Ariff Ab Kadir yang  maut apabila kereta yang dinaiki suaminya bertembung dengan sebuah bas  selepas pulang dari majlis akad nikah yang diadakan dirumahnya jam 10 pagi.   - Gambar Rizal Braim

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin, yang juga jiran kepada mangsa berkata semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini. – Bernama

@ BERITA HARIAN ONLINE

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

kesian.....al-fatihah....
semoga rohnyer dicucuri rahmat..n moga teh afifah tenang mhadapi dugaan dr Nya...

Previous post:

Next post:

Tips & Tutorial : Hentikan SPAM!
H1N1 : Korban H1N1 meningkat kepada 27!
H1N1: Kanak-Kanak Bawah Umur 5 Tahun Kes Terbaru H1N1
Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Sabah Awal Pagi Ahad
Chong Wei Kecewa, Lin Dan Rangkul Gelaran Dunia Kali Keempat