Dua rentung dalam kemalangan babitkan pacuan empat roda, pikap

by Fizz on December 22, 2009

KENDERAAN pacuan empat roda dan pikap terbakar selepas bertembung dalam kemalangan yang mengakibatkan dua mangsa rentung di Kilometer 14, Jalan Ranau-Telupid, kira-kira jam 10.15 pagi tadi. - Foto ihsan Studio Pesona

RANAU: Dua rentung apabila kenderaan jenis pikap yang dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 14, Jalan Ranau-Telupid, kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Suhaimi Hashim, ketika dihubungi berkata, kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian manakala dua penumpang pacuan empat roda berkenaan sempat keluar dari kenderaan.

Katanya, pacuan empat roda berkenaan dinaiki seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dan pemandunya yang dikatakan dalam perjalanan ke Sandakan atas urusan rasmi.

“Identiti semua yang terbabit dalam kemalangan itu belum dikenal pasti,” katanya di sini, hari ini.

@ BERITA HARIAN ONLINE

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Previous post:

Next post:

Sepandai² 'burung' terbang, akhirnya kantoi juge... hehehe...
Lotus F1 Mahu Muncul Pasukan Terbaik Di Antara Empat Pasukan Baru F1
Malaysia Bertemu Taiwan, Kelayakan Piala Dunia 2014
Remaja Hilang Tiga Jari - Mangsa Kedua Akibat Mercun Di Kelantan
Tiga Terbunuh, Tiga Cedera Dan Tiga Hilang Dalam Tanah Runtuh