Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
jalal@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang jururawat warga Malaysia berusia 30-an berdepan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara selepas ditahan berkhalwat di sebuah rumah di Jeddah, Arab Saudi.
Pasangannya, seorang doktor juga rakyat Malaysia berusia 40-an, bagaimanapun melarikan diri meninggalkan kekasihnya, dipercayai menggunakan pasport palsu Indonesia untuk keluar dari Arab Saudi sebelum kes itu dibicarakan.
Kedua-duanya yang bertugas di sebuah hospital di Jeddah, ditahan bersama seorang lagi lelaki warga Malaysia yang menghadapi tuduhan bersubahat kerana tinggal di rumah sama.
Menurut sumber, ketiga-tiga tertuduh sudah didakwa di mahkamah dan dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan kes berkenaan.
Bagaimanapun, sebelum kes itu diputuskan, doktor berkenaan melarikan diri dan dipercayai sudah pulang ke tanah air.
Beliau berkata, rakannya yang berusia 40-an juga cuba melarikan diri menggunakan pasport palsu, kira-kira dua minggu lalu, tetapi dapat ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.
Difahamkan, lelaki itu masih ditahan pihak berkuasa Arab Saudi untuk siasatan lanjut berhubung penggunaan dokumen palsu yang dipercayai dibekalkan satu sindiket.
“Dia ditahan ketika cuba meninggalkan Arab Saudi melalui lapangan terbang di Jeddah, akhir bulan lalu.
“Pihak berkuasa negara itu berasa pelik apabila menemui beberapa dokumen yang menunjukkan lelaki itu mempunyai identiti rakyat Malaysia, sedangkan dia mengemukakan pasport negara jiran.
“Dia ditahan apabila siasatan mendapati lelaki itu sebenarnya dalam jaminan mahkamah berhubung kes subahat khalwat,” katanya.
Berikutan itu, lelaki berkenaan mungkin menghadapi satu lagi tuduhan, selain didakwa bersubahat dengan pasangan berkenaan.
Sementara itu, satu sumber lain berkata, kes doktor dan rakannya menggunakan pasport palsu untuk meninggalkan Arab Saudi adalah yang pertama dikesan pihak berkuasa negara itu membabitkan rakyat Malaysia.
“Kita percaya ada sindiket membekalkan pasport palsu dengan mengenakan bayaran sehingga mencecah lima angka,” katanya.
@ BERITA HARIAN ONLINE

{ 8 comments… read them below or add one }
hurm..
kalo aku, takut gak laa nak wat maksiat kat sana..
bukan sebb takut kena sebat tp sebb tu tanah para anbiya.
skang ni dah kene takleh wat ape la..
kena akur ngan undang2 negara tu.
tu lah.. berani buat berani tanggung ler.. tp kes kat atas ni memalukan negara jer.. adeh.. dokter plak tu..
aku tgk blog ni byk dari surat khabar laa..
ko buat auto feed ker?
leh ajar aku tak camner nak wat dari online newspaper ke blog?
hehe..
tu pun kalo sudi laa..
jaws´s last blog ..My Spy – Sebuah Masterpiece Dari Afdlin Shauki
x de autofeed lah.. kopi n paste jer… hehehe..
hurm..
kalo aku, takut gak laa nak wat maksiat kat sana..
bukan sebb takut kena sebat tp sebb tu tanah para anbiya.
skang ni dah kene takleh wat ape la..
kena akur ngan undang2 negara tu.
jaws´s last blog ..My Spy – Sebuah Masterpiece Dari Afdlin Shauki
tulah…….itu yang tertangkap,ada ramai lagi jururawat malaysia yang buat maksiat tapi tak tertangkap.buat umrah berkali kali tapi maksiat buat jugak.kepada jururawat yg belum tertangkap tu,tolong lah jadikan peristiwa ini sebagai sempadan.kita doakan kes ni cepat selesai dan jururawat cepat pulang ke tanah air.
itu kat oversea, di malaysia pulak jururawat muda main api dgn suami orang. Bercerai-berai si suami isteri tersebut. Yg aku heran jururawat tu muda lagi, si isteri orang tu pun muda lagi, tak ada apa-apa kurang pun tapi si suami melayan juga jururawat tu.. anyway kepada W, semoga allah swt menemukan saudari dengan jodoh lain yg lebih baik dari bekas suami. kpd. jururawat tersebut, sedarlah diri, tak rasa bersalah ke kerana tlh meruntuhkan sebuah masjid ..?
Tu la kalu dh lari allignment jiwa n raga tak kira bumi sendiri ke bumi anbiya ke tanah suci ke depa tetap buat perangai syaitan depa! Nama saja Islam tapi x live up to it!
{ 1 trackback }