Nik Aziz Bimbang Kenaikan Mas Kahwin Tambah Bilangan Anak Dara Tua

by Fizz on December 11, 2009

KOTA BAHARU, 11 Dis (Bernama) — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.

“Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.

Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.

“Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu,” katanya.

Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.

Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu.

@ BERNAMA

Fizz: Siapa nak murah, cepat² nikah sebelum tahun depan.. hehehe..

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

assalamualaikum wrbt...boleh tau x...Nik Aziz Bimbang Kenaikan Mas Kahwin Tambah Bilangan Anak Dara Tua...ni ambil kat surat khabar mana...

Trackbacks

  1. penderitaan kaum lelaki~ RT @mrbintang: Nik Aziz Bimbang Kenaikan Mas Kahwin Tambah Bilangan Anak Dara Tua http://bit.ly/6S9bU6

  2. Anarm Khairul says:

    penderitaan kaum lelaki~ RT @mrbintang: Nik Aziz Bimbang Kenaikan Mas Kahwin Tambah Bilangan Anak Dara Tua http://bit.ly/6S9bU6

  3. Anarm says:

    penderitaan kaum lelaki~ RT @mrbintang: Nik Aziz Bimbang Kenaikan Mas Kahwin Tambah Bilangan Anak Dara Tua http://bit.ly/6S9bU6

Previous post:

Next post:

H1N1 : 2 lagi kematian dilaporkan..
Seorang Pekerja Gas Mati Dan 19 Cedera, Gas Meletup
Empat Buah Bas Musnah Terbakar Dipercayai Akibat Perbuatan Khianat
Pasukan Khas Siasat Blog Hina Almarhum Sultan Iskandar
H1N1: Peguam di Johor Bahru korban terbaru H1N1