P1 Dapat Projek USP Lebih RM41.5 Juta

by Fizz on December 2, 2009

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menawarkan tender projek “Universal Service Provision (USP)” yang bernilai lebih RM41.5 juta kepada anak syarikat Green Packet Bhd (Green Packet), Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1).

Green Packet berkata kontrak itu “bagi menyediakan jalur lebar ke kawasan kurang liputan di Malaysia,”

“Di bawah projek itu, P1 akan memulakan khidmat jalur lebar mengguna WiMAX 4G di Perak dan Kedah,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Dalam satu kenyataan berasingan, P1 menyatakan bahawa pelaksanaan pada 2010 itu akan meliputi peruntukan khidmat jalur lebar ke rumah serta membangun dan mengurus pusat komuniti jalur lebar di sekitar kawasan itu.

P1 ialah penyedia jalur lebar tetap negara yang berkembang pesat dan juga operator jalur lebar tempatan yang satu-satunya diberi kelulusan untuk melaksanakanya di seluruh negara (termasuk Sabah dan Sarawak).

P1 mempunyai lebih 100,000 pelanggan hingga kini dan jaringan WiMAX 2.3 GHznya pada masa ini adalah yang kedua terbesar di dunia.

@ BERNAMA

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

wow!!~ bgus nih.. lps Kedah ngn Perak, wt laa kt N9 plak. .ekekek..

Previous post:

Next post:

Keputusan Pilihan Raya Kecil di Dua Bukit Satu Batang
Kanak-Kanak Perempuan Berusia 10 Tahun, Mangsa Korban Kelima Virus A(H1N1)
Tiga Mati Terbakar Selepas Lori Tangki Meletup
Buku 101 cara dera suami dijual
Jazeman Jaafar Sertai Pasukan Juara F3 Britain