Pesara Tentera Meninggal Dunia Tunggu Sarapan Di Kedai Kopi

ALOR SETAR, 8 Dis (Bernama) — Seorang pesara tentera ditemui mati pada hari lahir anaknnya hari ini ketika sedang menunggu untuk bersarapan di sebuah kedai kopi di Jalan Hutan Kampung di sini pagi Selasa.

Ali Samsudin, 50, ditemui mati terduduk di kerusi di kedai kopi yang belum dibuka pada 7 pagi tadi.

Pemilik kedai kopi itu, Roswati Hassan, 45, berkata semasa beliau sampai di gerainya pada 7 pagi, beliau terkejut melihat ada orang terduduk di kerusi dan tidak sedarkan diri dan kemudiannya meminta orang ramai membantu.

Beliau memberitahu pemberita di sini, Ali adalah pelanggan tetap kedainya dan kebiasaannya beliau datang pada 9 pagi.

Anak Ali, Muhammad Azuan, 14, berkata, semalam ayahnya meminta beliau mengurut badannya.

“Ayah tidak menunjukkan tanda-tanda pelik dan dia juga mengingati hari jadi saya hari ini,” katanya.

Isteri Ali, Fazilah Mohd Zahari, 44, berkata beliau terkejut apabila diberitahu oleh jiran tentang kematian suaminya.

“Arwah keluar rumah seawal pukul 4.30 pagi tetapi saya tidak sempat bertanya apa-apa dan dia jarang keluar rumah seawal itu,” katanya.

@ BERNAMA

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Trackbacks

  1. Mohd. Azizwan Rusli says:

    woot! cerita kedai kopi ke? hehe.. RT: @mrbintang: Pesara Tentera Meninggal Dunia Tunggu Sarapan Di Kedai Kopi http://bit.ly/7Yotuh

  2. azizwan says:

    woot! cerita kedai kopi ke? hehe.. RT: @mrbintang: Pesara Tentera Meninggal Dunia Tunggu Sarapan Di Kedai Kopi http://bit.ly/7Yotuh

Previous post:

Next post: