Petronas, Shell Peroleh Hak Bangun Lapangan Minyak Di Iraq

by Fizz on December 12, 2009

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Syarikat minyak terbesar Eropah, Royal Dutch Shell dan syarikat petrolum Malaysia, Petronas pada Jumaat memperoleh hak untuk membangunkan satu daripada lapangan minyak terbesar yang masih belum diteroka di Iraq, ketika negara itu mengadakan bidaan kedua kontrak minyak sejak penaklukan Amerika Syarikat pada 2003.

Menurut laporan agensi berita Reuters di Baghdad, syarikat-syarikat itu mencadangkan harga bagi setiap tong pada kadar hanya $1.39 setong dan berikrar akan meningkatkan pengeluaran dari lapangan minyak terbesar Majnoon sehingga 1.8 juta tong sehari (bpd) daripada pengeluaran semasa 45,900 bpd.

“Kami mengumumkan konsortium Shell dan Petronas memperoleh (kontrak) bagi membangunkan Majnoon, dan harga itu kurang daripada kadar yang ditetapkan Kementerian Minyak,” kata Menteri Minyak Iraq Hussain al-Shahristani.

Majnoon mempunyai rizab sebanyak 12.6 bilion tong, menjadikan ia sebagai satu lapangan minyak terbesar yang belum diteroka.

Shell mempunyai 60 peratus kepentingan dalam konsortium itu manakala Petronas memegang baki kepentingan 40 peratus.

Sementara itu, syarikat minyak China, China National Petroleum Company (CNPC), Total dan Petronas memperoleh kontrak dalam bidaan kedua bagi lapangan Halfaya dengan cadangan harga $1.40 setong dan sasaran pengeluaran maksimum 535,000 bpd daripada pengeluaran semasa 3,100 bpd.

CNPC memiliki 50 peratus kepentingan dalam usahasama itu manakala Total dan Petronas masing-masing memegang 25 peratus kepentingan.

Halfaya, yang terletak di selatan Iraq, dianggarkan mempunyai rizab 4.1 bilion tong minyak.

@ BERNAMA

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

hukhuk..tak bahaya ker sekali kang kena bom lagi sama itu Amerika Syarikat..dah rugi...sapa la agaknya org M'sia y keje ngan petronas y sanggup duk sana...
.-= whose´s last blog ..Bila Genius Matematik bersuara..... =-.

haha.. itu la pasal.. kat sana kan skrg ni tngh huru hara.. huuu~

Previous post:

Next post:

Keputusan Pilihan Raya Kecil di Dua Bukit Satu Batang
Sudut Renungan : Kisah #1
Tujuh kampung jadi kubur besar
39 tahun Kelantan menanti...
Kelantan Kembali Rampas Takhta Liga Super