Italian Prime Minister Silvio Berlusconi (C) reacts after being assaulted in Milan on December 13, 2009 as he leaves a political meeting. Italian police have arrested a man who threw a punch at Prime Minister Silvio Berlusconi after a meeting in Milan. Berlusconi collapsed after being hit and his entourage immediately got him into a car and drove him away. AFP PHOTO/ ANSA/ LIVIO ANTICOLI
MILAN: Seorang lelaki yang pernah mengalami penyakit mental bertindak melulu melepaskan tumbukan terhadap Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, awal hari ini, menyebabkan dua giginya patah.
Imej televisyen menunjukkan muka Berlusconi yang berlumuran darah sebelum rakannya menolaknya masuk ke dalam kereta untuk dikejarkan ke hospital.
Kejadian berlaku ketika Perdana Menteri yang berusia 73 tahun itu mengadakan perhimpunan partinya di Milan.
Polis terus menahan lelaki berusia 42 tahun itu untuk siasatan lanjut kerana bertindak mencederakan Perdana Menteri.
“Hasil pemerhatian klinikal, semuanya baik tetapi Perdana Menteri memerlukan pemerhatian satu atau dua hari lagi,” kata Alberto Zangrillo, ketua unit kecemasan Hospital San Raffaele.
Berlusconi juga dilaporkan tidak memerlukan sebarang pembedahan.
“Saya sihat, saya sihat,” kata Berlusconi kepada agensi berita ANSA ketika beliau keluar meninggalkan bilik kecemasan.
Suspek bernama Massimo Tartaglia itu dilaporkan mempunyai sejarah menghidap sakit jiwa selama 10 tahun, lapor ANSA.
Imej televisyen menunjukkan polis terpaksa mengepung Tartaglia bagi mengelakkan orang ramai daripada menyerbu dan menyerangnya sebelum dia dibawa ke balai polis. – AFP
@ BERITA HARIAN ONLINE