Dua Pelajar Tingkatan Empat Maut Dalam Kemalangan Motosikal

by Fizz on December 26, 2009

KANGAR, 26 Dis (Bernama) — Dua pelajar tingkatan empat maut apabila motosikal yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di tepi jalan di KM30, lebuh raya Changlun-Kuala Perlis Jumaat malam.

Ismail Jenun, 16, dan pembonceng motosikal itu Muhammad Badrul Hisham Mat Isa, 16, mati di tempat kejadian, menurut jurucakap polis.

Katanya kejadian berlaku kira-kira 9.40 malam tadi apabila dua sahabat karib itu dalam perjalanan dari Changlun, Kedah ke Kuala Perlis.

Katanya Ismail merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun dan berasal dari Kampung Titi Kerbau dan Muhammad Badrul Hisham, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra adalah dari Kubang Eriang, juga di Changlun.

Katanya jenazah kedua-dua pelajar itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing awal pagi Sabtu.

@ BERNAMA

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Previous post:

Next post:

H1N1 : Kematian ke-12
H1N1 : Kematian ke-15
102 maut dalam kebakaran kelab malam Rusia
PTPN Perlu RM5 Bilion Setahun - Mohamed Khaled
Pelajar SPM Terbaik Diiktiraf, Wajar Mendapat Bantuan Kewangan - PM