United rebah kepada Villa di tempat sendiri

by Fizz on December 13, 2009

“Kui..kui..kui.. MU kalah… hahaha.. jahat gile pembukaan berita ni.. :P sorry.. gurau jer..”

LONDON: Chelsea meneruskan penguasaan Liga Perdana Inggeris meskipun seri 3-3 dengan Everton selepas Manchester United yang mempunyai peluang memintas, tewas mengejut 0-1 kepada Aston Villa, awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan Chelsea mendahului United dengan tiga mata di depan.

Anak buah Alex Ferguson yang memulakan perlawanan lewat, mengetahui keputusan terikat Chelsea-Everton, namun gagal mengambil kesempatan sebaliknya diaibkan dengan gagal mengutip sebarang mata.

United dikejutkan dengan tandukan menerusi penyerang Villa, Gabriel Agbonlahor yang menyambar bola lintang hantaran pemain antarabangsa England, Ashley Young pada minit ke-21.

United pula mempunyai beberapa peluang keemasan, antaranya sepakan Wayne Rooney yang terkena palang.

Manakala penjaga gol Villa, Brad Friedel cemerlang dengan menyelamatkan tendangan kencang Dimitar Berbatov.

Ia adalah kemenangan pertama Villa di Old Trafford selepas 26 tahun, sekali gus membawa pasukan itu di tempat ketiga liga.

“Separuh masa kedua kami berpeluang dan menguasai permainan, tapi Villa bermain baik pada separuh masa pertama.

“Kita banyak mendapat peluang, cuma nasib tidak menyebelahi kami,” kata Ferguson.

Pengurus Villa, Martin O’Neill pula berkata: “Kami turun dengan satu pasukan yang terbaik dan mereka pula mengerah keringat untuk memenangi perlawanan penting ini.” – AFP

@ Berita Harian Online

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: