Blogger - We Care
Aku terpanggil untuk membuat entri khas ini bagi menunaikan rasa bertanggungjawab terhadap rakan blogger kita, saudara Megat, yang sangat memerlukan bantuan kita semua. Sebagai blogger prihatin, aku juga ingin turut serta dalam menjayakan kempen Blogger – We Care yang diilhamkan oleh saudara Hydir untuk sama-sama membantu permasalahan yang sedang dihadapi oleh saudara Megat.
Buat Megat sekeluarga, hanya ini sahaja yang aku termampu untuk membantu. Diharapakan dengan cara ini sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung Megat. Berat mata aku memandang, berat lagi bahu Megat yang memikulnya. Aku faham benar situasi yang kamu lalui, mungkin aku juga pernah lalui tetapi tidaklah seberat kamu.
“Ya Allah, permudahkan perjalanan hidup Megat dan sekeluarga dalam meniti hari-hari yang mendatang, ringankanlah beban yang ditanggung, semoga beliau cepat sembuh dari penyakit misteri dan seterusnya dapatlah beliau kembali menyambung urusan sebagai ketua keluarga demi menyara isteri dan anak-anaknya. Amin… Ya Rabbal’alamin…”
Anda juga boleh memberikan sumbangan secara terus kepada beliau ke akaun berikut:
CIMB
Faisal Amirul Othman
0123 0015 4575 21Maybank
Faisal Amirul Othman
1010 7541 8124
