Sky Sports umum siaran 3-D pertama dunia Arsenal-United

by Fizz on January 28, 2010

LONDON: Rangkaian satelit British, Sky Sports, berkata ia akan menyiarkan acara sukan secara langsung dalam format 3-D pertama dunia apabila Arsenal menerima kunjungan Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris Ahad ini.

Ujian siaran 3-D sebelum ini terhad kepada siaran litar tertutup di Britain dan Amerika Syarikat tetapi saluran BSkyB akan menyiarkan perlawanan itu menerusi kotak dekoder biasa di beberapa pub terpilih di Britain dan Ireland.

Peminat bola sepak perlu memakai kaca mata khas untuk menonton siaran 3-D di sembilan tempat apabila mereka menyaksikan prebiu saluaran khusus 3-D yang akan dilancarkan April depan.

Saluran itu tersedia untuk pelanggan di kalangan pub sebelum diperluaskan kepada pelanggan biasa dan pada mulanya akan menyiarkan satu perlawanan Liga Perdana Inggeris setiap minggu dalam format baru itu. – AP

@bharianmy

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Trackbacks

  1. Mr.Bintang says:

    WordPress 2.7 Release Candidate Two has been release.. http://fizz.gapuranetwork.net/?p=319

  2. Mr.Bintang says:

    Sky Sports umum siaran 3-D pertama dunia Arsenal-United http://bit.ly/9uH1jS

  3. Mr.Bintang says:

    Sky Sports umum siaran 3-D pertama dunia Arsenal-United http://bit.ly/9uH1jS

Previous post:

Next post:

Tips & Tutorial : Hentikan SPAM!
H1N1: 7 lagi kematian, keseluruhan 51 (update)
Lelaki, Wanita Ditahan Bantu Siasatan Kereta Menjunam Di KB Mall
Dasar Baru Sains Dan Matematik Martabatkan BM Perkukuhkan BI
Kempen Blogger - We Care