15 Februari 2010
28 paus ditemui mati di New Zealand
WELLINGTON: 28 ikan paus mati selepas terdampar di kawasan pedalaman pantai di selatan New Zealand, menurut pegawai pemuliharaan hari ini.
Pengurus Jabatan Pemuliharaan, Mark Townsend, berkata ikan paus terbabit terdampar di kawasan Pantai Ruggedy West, timur laut di Kepulauan Stewart.
Ikan paus berkenaan ditemui seorang pendaki pada sebelah pagi Ahad (waktu New Zeland) dan kakitangan Jabatan Pemuliharaan tiba ke lokasi kira-kira sejam selepas itu; Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan.
Townsend berkata, pihaknya menemui sembilan paus yang sudah mati, dan tidak ada alternatif lain, iaitu 19 baki paus itu dijangka mendapat nasib sama. – AFP
@bharianmy
5 dihukum 28 tahun penjara, rancang serang Australia
SYDNEY: Lima lelaki beragama Islam yang didakwa merancang serangan menggunakan senjata dan bahan letupan terhadap Australia susulan pembabitan negara itu dalam perang terhadap keganasan dijatuhi hukuman penjara sehingga 28 tahun, hari ini.
Tindakan mereka yang dianggap sebagai membantah pembabitan Australia itu turut menyaksikan perbicaraan kumpulan pengganas paling lama pernah diadakan di negara terbabit.
Lelaki terbabit, yang mana nama mereka tidak boleh didedahkan, didapati bersalah pada Oktober kerana mengumpul senjata api, bahan kimia dan panduan membuat bom, bersama-sama propaganda Islam yang banyak bagi tujuan menyerang sasaran yang tidak diketahui.
Hakim Mahkamah Agung New South Wales, Anthony Whealy, yang menjatuhkan hukuman itu, berkata perancangan sudah yang dilakukan.
“Tidak ada sebab yang meragukan, tanpa campur tangan pihak berkuasa, rancangan itu pasti dilaksanakan pada awal 2006 atau dalam tempoh itu,” katanya.
Empat daripada lelaki terbabit adalah keturunan Lubnan manakala seorang daripadanya berasal dari Bangladesh. – AFP
@bharianmy
28 Terkorban Pada Hari Ke-8 Ops Sikap
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Sebanyak 28 kematian dicatat pada hari kelapan Ops Sikap ke-21 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula 7 Feb lepas kepada 105 orang.
Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata dalam satu kenyataan Isnin , mereka yang terkorban melibatkan 13 pengguna motosikal, tujuh pengguna kereta, dua pengguna van, tiga pengguna jip, seorang pengguna basikal dan dua pejalan kaki.
Jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 328 kes diikuti jalan persekutuan (325 kes), jalan negeri (162 kes), lebuh raya (62 kes) dan jalan-jalan lain (61 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 938 kes.
Beliau berkata dalam operasi semalam, sebanyak 9,408 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan trafik.
@ BERNAMA
14 Februari 2010
28 Gerabak Kereta Api Barang Tergelincir Dekat Gurun, Kedah
ALOR SETAR, 14 Feb (Bernama) — Sebanyak 28 gerabak kereta api barang tergelincir di KM58.75 berhampiran Kampung Guar Stesyen, Guar Chempedak, kira-kira lapan kilometer dari Pekan Gurun di sini, pada jam 4.48 petang.
Kejadian itu menyebabkan perkhidmatan Ekspres Langkawi-Hatyai dari Gemas, Johor dan perkhidmatan Ekspress Hatyai-Langkawi dari Padang Besar, tergendala kerana landasan ditutup.
Menurut pemangku Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fadzil Ismail, kejadian itu berlaku semasa kereta api tersebut sedang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Butterworth.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian sedang disiasat, katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Mohd Fadzil berkata ekoran kemalangan itu penumpang dari Gemas akan diturunkan di stesen Ipoh dan dibawa dengan bas ke Alor Setar sebelum meneruskan perjalanan, manakala penumpang dari Padang Besar akan diturunkan di Alor Setar dan dibawa dengan bas ke Ipoh sebelum meneruskan perjalanan ke Gemas.
Beliau berkata kerja-kerja mengalihkan gerabak yang tergelincir di jangka siap lewat Ahad malam.
@ BERNAMA



Ada apa dengan angka 28? http://bit.ly/d0Ztu2
Ada apa dengan angka 28? http://bit.ly/d0Ztu2
28 http://gengblogger.com/read/32621