Jujurnya insan ini…

by Fizz on February 4, 2010

Petugas Majlis Perbandaran Kembalikan Wang Berjuta Silap Dibayar

Oleh Muin Abdul Majid

DUBAI, 4 Feb (Bernama) — Dia boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua wang berjumlah 5.19 juta dirham (kira-kira US$1.4 juta) yang silap dimasukkan ke dalam akaunnya, dan menghilangkan diri.

Namun warga Sudan ini, Hashim Mohammed, 55, tidak mudah tunduk pada nafsu, sebaliknya melaporkan kesilapan itu kepada pihak berkuasa.

“Saya takutkan Tuhan. Saya mahu kekal jujur dan memastikan keluarga saya mendapat manfaat dari pendapatan yang halal,” kata petugas Majlis Perbandaran Ajman kepada harian The National.

Hashim menuju ke bank pada Isnin lepas untuk memeriksa sama ada gaji sebanyak 5,000 dirham sudah masuk ke dalam akaun.

“Mula-mula, saya ketawa kerana saya tidak mempercayainya. Saya masukkan kad ATM sekali lagi dan menanyakan baki. Jumlahnya 5,196,000 dirham,” kata Hashim.

Harian itu melaporkan dua anak lelaki Hashim tercicir dari universiti kerana bapa mereka tidak mampu membayar yuran, menjadikan kejujurannya lebih luar biasa.

Kerana kejujurannya, inspektor di Jabatan Kesihatan Awam ini diberikan tambahan sebulan gaji dan sijil penghargaan oleh majikannya.

@ BERNAMA

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

wuhaa.. jujur siot..

sbb tu klau aku buat online transfer, serius aku cuak lg2 klau melibatkan jumlah yg besar punya sbb klau salah 1 no je berkemungkinan besar duit tu akan masuk ke akaun org lain.. klau no akaun tu tak wujud, kira bernasib baik la.. tp klau wujud, putih bijik mata woo. huhu..
.-= Azizwan´s last blog ..Kenapa anda perlu layari Apiih.com? =-.

wahhh... klu midori kompem pensan klu tgk ade wit byk kt dlm akaun midori.. hahahahaha..

bgs tul die..ssh nk jumpa yg btol2 jujur

a'ah... ko jujur x? hihihi..

wow...5juta..byk tuh..huhuhuhu
.-= apiih´s last blog ..Tengok Youtube tanpa Connection Internet.. =-.

leh beli ferrari sejibik.. banglo lapan tingkat.. hahaha.. lagi ape erk?

jujur sungguh..
kalo aku taktau mampu jadi jujur camtu kalo benda ni terjadi pada aku..
biar hidup susah asalkan berkat..

iman kita boleh tergugat tu.. tp x tau lah aku camne kalau kene camtu.. hahaha..

5 jutaaa~
.-= TMUkmkd´s last blog ..Kenapa Saya Suka Pet Saya? =-.

Previous post:

Next post:

Penyingkiran Aril Cukup Mengejutkan!
Terengganu terus ungguli UPSR 2009
Tok Mat Meninggal Dunia
Gempa sederhana gegar China
Jumlah Pemilih Berdaftar Lebih 12 Juta Orang - SPR