April 2010

Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor

April 25, 2010

P. Kamalanathan (BN) 24,997 Datuk Zaid Ibrahim (PKR) 23,272 Jumlah mengundi: 48,935 Peratus: 75.87 Undi rosak: 731 Majoriti: 1,725 Undi pos: BN – 767 | PKR – 120 Penyandang: Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) (meninggal dunia 25 Mac) Undi diperoleh: 2008: 23,177 Majoriti: 198 (tewaskan Datuk G. Palanivel: BN)

2 comments Read the full article →

H1N1: Kematian ke-79 H1N1

April 24, 2010

PUTRAJAYA: Seorang lelaki berusia 53 tahun dari Terengganu meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A (H1N1) menjadikan jumlah kematian akibat virus berkenaan sehingga kini meningkatkan 79 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata lelaki berkenaan mempunyai pelbagai faktor risiko seperti penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, hipertensi, kegagalan ginjal dan angin ahmar. [...]

3 comments Read the full article →

Gangguan Khidmat Internet Disebabkan Kerja Kabel Di SMW4, Kata TM

April 24, 2010

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) — Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan internet dijangka berlaku berikutan kerja-kerja kabel di Asia Tenggara-Timur Tengah-Eropah Barat (SMW4). Anggota konsortium TM telah mengesan masalah kabel di rangkaian kabel dasar laut SMW4 antara Alexandria di Mesir dan Palermo di Itali menghubungkan Malaysia ke Eropah dan Amerika [...]

6 comments Read the full article →

[Gambar] MPV Achik Spin yang terlibat dalam kemalangan ngeri

April 18, 2010

via mStar Online Lagi gambar: Keadaan Toyota Estima Achik Spin Yang Hangus

7 comments Read the full article →

Achik Spin maut nahas ngeri

April 17, 2010

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini. Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, [...]

5 comments Read the full article →

Coca Colla saingan baru Coca Cola

April 17, 2010

SYDNEY: Bolivia dilaporkan mengeluarkan sejenis minuman berkarbonat disifatkan sebagai ‘produk sebenar’ tetapi ia mungkin tidak dipersetujui gergasi minuman ringan Coca Cola di Amerika Syarikat. Minuman berkenaan, Coca Colla, dibuat dari daun koka dan dinamakan sempena penduduk Colla dari kawasan tanah tinggi Bolivia mula dijual minggu ini di seluruh negara terbabit. Ia hitam, manis dan dijual [...]

2 comments Read the full article →

H1N1: Peguam di Johor Bahru korban terbaru H1N1

April 13, 2010

PUTRAJAYA: Seorang peguam lelaki berusia 42 tahun dari Johor Bahru menjadi korban terbaru akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1), menjadikan mangsa ke-78 sejak wabak itu melanda tahun lalu. Peguam berkenaan meninggal dunia semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi. – @bharianmy

3 comments Read the full article →

Perompak jadi bungkusan

April 12, 2010

WARSAW: Polis di Poland menahan seorang lelaki kerana terbabit dalam beberapa rompakan unik iaitu masuk dalam bungkusan besar dan ‘mengirim dirinya’ ke premis perniagaan tertentu. Stanislaw Muchy, 39, kemudian muncul pada waktu malam selepas kakitangan premis terbabit pulang dan mencuri di tempat sasaran itu. Beliau melepaskan diri dengan memasukkan dirinya dan barangan yang dicuri dalam [...]

4 comments Read the full article →

H1N1: 157 Kes H1N1 Dilaporkan Di Pahang

April 12, 2010

KUANTAN, 12 April (Bernama) — Pahang mencatatkan 57 kes jangkitan virus Influenza A(H1N1) sejak awal tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun. Katanya daripada jumlah itu, 10 kes dilaporkan di daerah Kuantan, Pekan (24), Rompin (8), Maran (1), Raub (8) dan Kuala Lipis (6). Bagaimanapun katanya [...]

2 comments Read the full article →
TIADA PENYINGKIRAN, ARIL MASUK!
Nik Aziz Bimbang Kenaikan Mas Kahwin Tambah Bilangan Anak Dara Tua
Rakyat Malaysia Berpeluang Saksi Gerhana Bulan Separa 1 Jan Ini
Oh! Anak polis kena tangkap polis.
Dua Maut Dalam Kemalangan Di Ipoh Dan Gerik