F1: Schumacher Azam Duduki Podium Di Sepang

by Fizz on April 1, 2010

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Juara Formula One (F1) tujuh kali, Michael Schumacher berazam untuk menaiki tangga podium di Kejohanan Grand Prix Malaysia di Litar Sepang hujung minggu ini.

Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Pusingan ketiga leg-19 Kejohanan Dunia Formua One FIA dari 2 hingga 4 April.

“Berkunjung ke Malaysia hujung minggu ini, kami tahu kami telah meningkat sejak kejohanan di Bahrain. Ia turut menyeronokkan semasa berlumba di Melbourne, walaupun hanya untuk memperolehi satu mata dan saya akan terus teruja untuk bertarung di Sepang,” kata pelumba berusia 41 tahun itu kepada pemberita di sini Rabu.

Schumacher menjuarai 91 perlumbaan sebelum ini dan akan berlumba bagi kali ke-252 di Sepang Ahad ini.

“Kami mahu menduduki tangga podium hujung minggu ini. Kami masih bertarung untuk mencapai azam itu dan kami masih mencuba. Terlalu awal untuk menentukan segalanya,” katanya.

Schumacher berkata Grand Prix Malaysia merupakan kejohanan penting kerana rakan kongsi mereka adalah Petronas sendiri.

Beliau dan rakannya Nico Rosberg yang mewakili pasukan Mercedes GP Petronas F1 Team turut menunjukkan aksi memandu di jalan di Kuala Lumpur bersama jentera baru pasukan tersebut Silver Arrows, MGP W01.

@BERNAMA

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Previous post:

Next post:

MJ semakin kaya selepas mati
H1N1 : 3 lagi kematian dicatat
Trulli, Kovalainen diumum pemandu F1 Malaysia
10 Maut, Dua Cedera Bas Terbabas Di KM272.8, PLUS
JPN Sangkal Dakwaan Rakyat Asing Diberi Taraf Kewarganegaraan Pintas