Gangguan Khidmat Internet Disebabkan Kerja Kabel Di SMW4, Kata TM

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) — Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan internet dijangka berlaku berikutan kerja-kerja kabel di Asia Tenggara-Timur Tengah-Eropah Barat (SMW4).

Anggota konsortium TM telah mengesan masalah kabel di rangkaian kabel dasar laut SMW4 antara Alexandria di Mesir dan Palermo di Itali menghubungkan Malaysia ke Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

“Konsortium berkenaan akan menjalankan kerja-kerja pembaikan di tapak pada Sabtu, 24 April, 2010 dan dijangka siap pada Ahad, 2 Mei, 2010,” demikian menurut TM dalam satu kenyataan.

Semasa proses berkenaan, akan terdapat gangguan kepada trafik ke Eropah dan AS yang dibawa melalui kabel berkenaan.

“TM mengambil langkah aktif untuk meminimumkan gangguan, kami telah menambah rangkaian tambahan bagi laluan lain serta menyelaras dengan pembawa antarabangsa yang lain bagi menyediakan lebar jalur tambahan untuk pelanggan kami,” jelas syarikat itu.

Menurut TM, meskipun inisiatif ini, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Internet di seluruh negara mungkin mengalami beberapa gangguan seperti perayauan yang perlahan semasa mengakses laman web antarabangsa.

“Pelanggan yang menggunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dan aplikasi perniagaan kritikal lain yang bersambung ke Eropah dan AS akan mengalami gangguan perkhidmatan yang minimum, jika berlaku,” kata TM.

Menurut TM, ia akan menyediakan maklumat terkini yang sewajarnya mengenai perkembangan kerja-kerja pemulihan.

Pelanggan boleh menghubungi TM di talian 100 dan memilih ‘Bantuan Teknikal’ atau e-mel di help@tm.com.my untuk masalah berkaitan Internet.

@ BERNAMA

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

nasib aku kat singapore... pakai berokband... kalo aku kat sana, kompom aku mengamuk takde tenet.. hahaha...

patotla stramyx kejap ado..kejap ilek =p
.-= Kie-yu´s last blog ..Contest untuk Blogger Kreatif. =-.

fuhh lama tu nak siap. merana la pengguna2 streamyx.
.-= zaiMi´s last blog ..Tiada Lagi Facebook Connect =-.

Trackbacks

  1. Mr.Bintang says:

    [ » : Gangguan Khidmat Internet Disebabkan Kerja Kabel Di SMW4, Kata TM http://bit.ly/aYGgmn

  2. Mr.Bintang says:

    Gangguan Khidmat Internet Disebabkan Kerja Kabel Di SMW4, Kata TM http://gengblogger.com/read/98418

Previous post:

Next post: