H1N1: Kematian ke-79 H1N1

PUTRAJAYA: Seorang lelaki berusia 53 tahun dari Terengganu meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A (H1N1) menjadikan jumlah kematian akibat virus berkenaan sehingga kini meningkatkan 79 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata lelaki berkenaan mempunyai pelbagai faktor risiko seperti penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, hipertensi, kegagalan ginjal dan angin ahmar.

“Mangsa meninggal dunia pada 19 April lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan punca kematian ialah ‘Severe Bronchopneumonia’ dengan sindrom akut pernafasan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Beliau berkata, selain lelaki itu, kementerian menerima dua lagi laporan kematian, namun ia bukan disebabkan H1N1 secara langsung.

@www.hmetro.com.my

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Trackbacks

  1. Mr.Bintang says:

    H1N1 : H1N1: Kematian ke-79 H1N1 http://bit.ly/c6PHq1

  2. Mr.Bintang says:

    H1N1 : H1N1: Kematian ke-79 H1N1 http://bit.ly/c6PHq1

Previous post:

Next post: