Kedah, Negeri Sembilan Ke Akhir Piala FA

by Fizz on April 4, 2010

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Kedah akan bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

Pada perlawanan separuh akhir pusingan kedua Sabtu malam, Kedah yang beraksi tanpa kehadiran pemain utamanya berjaya menumpaskan Terengganu 2-1 di Stadium Darul Aman, Kedah.

Dengan kejayaan itu Kedah layak ke peringkat akhir dengan agregat 4-1. Pada perlawanan pertama separuh akhir Selasa lepas, Kedah menumpaskan Terengganu 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dalam perlawanan, pasukan tuan rumah memperoleh gol seawal minit ke-5 menerusi jaringan Khairul Helmi Johari, diikuti jaringan oleh Muhamad Shafiq Jamal pada minit ke-24.

Gol tunggal Terengganu diperoleh pada minit ke-42 menerusi jaringan Wan Mohd Aliff.

Pada satu lagi perlawanan separuh akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan, pasukan tuan rumah tewas 0-1 kepada Selangor.

Negeri Sembilan layak ke separuh akhir dengan peraturan kelebihan gol di tempat lawan selepas menumpaskan Selangor 2-1 pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama di Stadium Shah Alam, Selangor, Selasa lepas.

Pada perlawanan Sabtu malam, pemain Negeri Sembilan, Mohd Alif Samsudin menjaringkan gol sendiri.

@ BERNAMA

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Trackbacks

  1. Mr.Bintang says:

    Sukan : Kedah, Negeri Sembilan Ke Akhir Piala FA http://bit.ly/90njuW

  2. Mr.Bintang says:

    Sukan : Kedah, Negeri Sembilan Ke Akhir Piala FA http://bit.ly/90njuW

  3. [...] This post was mentioned on Twitter by Mr.Bintang. Mr.Bintang said: Sukan : Kedah, Negeri Sembilan Ke Akhir Piala FA http://bit.ly/90njuW [...]

Previous post:

Next post:

Seramai 10 Pesakit Positif H1N1
Nama Saiful Jadi Sebutan Sejak Pendedahan Berani
Negeri Sembilan, KL Pos Antara 13 Pasukan Mara Ke Pusingan Kedua Piala FA
Webber Bermula Dari Petak Depan Pada GP Petronas Malaysia
Kapal Misi Gaza Diserang Askar Israel, Nasib Dua Wakil Astro Awani Belum Diketahui