Lotus Racing Pamer Persembahan Meyakinkan Di Litar Sepang

by Fizz on April 2, 2010

SEPANG, 2 April (Bernama) — Dua pelumba pasukan Formula One (F1) dari Malaysia, Lotus Racing mempamerkan persembahan yang meyakinkan apabila menamatkan sesi latihan bebas kedua di tangga ke-18 dan 19 di Litar Sepang, Jumaat.

Pelumba utamanya dari Itali, Jarno Trulli mencatatkan masa terbaiknya satu minit 38.454 saat pada pusingan ke-17 daripada 34 pusingan yang dilakukannya untuk berada di kedudukan ke-18.

Pelumba kedua Lotus Racing, Heikki Kovalainen dari Finland melakukan masa terpantasnya pada pusingan ke-19 untuk berada di tempat ke-19 daripada 24 pelumba dengan catatan masa 1:38.530s.

Keputusan memberansangkan itu membolehkan Lotus Racing menjadi pasukan terbaik di kalangan tiga pasukan baru yang menyertai siri perlumbaan F1 pada tahun ini.

Dua pelumba Virgin Racing masing-masing menduduki tempat ke-20 dan 21 manakala pasukan HRT F1 Team mengisi kedudukan ke-23 dan 24.

Ketua Pegawai Teknikal Lotus Racing Mike Gascoyne berkata suhu dan cuaca pastinya memainkan perana penting dalam strategi pasukan itu untuk perlumbaan hujung minggu ini.

“Tetapi saya yakin kami akan dapat melangkah dengan permulaan kukuh sehingga ini dan memberikan persembahan yang menarik untuk peminat Malaysia,” katanya.

Setelah mengharungi dua siri perlumbaan di Bahrain dan Australia sebelum ini, Lotus Racing masih gagal mengutip sebarang mata.

Namun, sebagai pasukan baru mereka tetap mempamerkan peningkatan apabila Kovalainen menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 pada perlumbaan di Litar Albert Park, Australia minggu lepas.

@ BERNAMA :)

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

kalau pelumba mesia pandu..agak2 dapat nombo berape erk? hahaha!
.-= are-pa´s last blog ..Jiwa meronta inginkan UTP.. =-.

Previous post:

Next post:

Empat anggota tentera didakwa rogol gadis bawah umur
SIC Sasar Kehadiran 100,000 Penonton Pada Hari Akhir Grand Prix F1 Malaysia
Pelajar Maut Selepas Selesai Ambil SPM
Kelantan Kembali Rampas Takhta Liga Super
Mangsa gas pemedih mata meninggal