Isteri Dibelasah Hingga Mati Kerana Berbual Di Telefon

KUANTAN, 3 Mei (Bernama) — Hanya kerana berbual di telefon dengan lelaki lain, seorang wanita dipercayai dibelasah hingga mati oleh suaminya di Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, mangsa, Rosmawati Abd Rahman, 39, dipercayai dihentak di kepala serta dipijak di bahagian perut, dada dan paha oleh suaminya di hadapan anak pasangan itu yang berusia 12 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan, suspek dikatakan naik angin secara tiba-tiba selepas anak lelakinya itu mengadu yang ibunya berbual di telefon dengan lelaki lain.

“Suspek tiba-tiba naik angin sebelum bertindak agresif menolak mangsa. Mangsa kemudiannya dipijak di perut, dada dan paha. Seterusnya suspek mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Katanya, suspek, 46, kemudiannya berterusan memukul mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

“Anak mangsa kemudiannya meminta bantuan jiran, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Punca kematian masih disiasat,” katanya.

Pihak polis masih memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu bagi membantu siasatan, katanya.

@ BERNAMA

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

ya Allah... ape nk jadi dgn dunia skarang???

uish. ape nak jadi la dunia sekarang ni. ikutkan hari sgt. periksa la dulu betul ke tak bini tu bbual dgn lelaki lain. xde akal ke. emosi betul aku tau!
.-= Kie-yu´s last blog ..SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana... =-.

akal x de.. otak letak kat pala lutut camtu lah jadinya..

Trackbacks

  1. Mr.Bintang says:

    [ » : Isteri Dibelasah Hingga Mati Kerana Berbual Di Telefon http://bit.ly/9derjE

  2. Mr.Bintang says:

    [ » : Isteri Dibelasah Hingga Mati Kerana Berbual Di Telefon http://bit.ly/9derjE

  3. Isteri Dibelasah Hingga Mati Kerana Berbual Di Telefon…

    KUANTAN, 3 Mei (Bernama) — Hanya kerana berbual di telefon dengan lelaki lain, seorang wanita dipercayai dibelasah hingga mati oleh suaminya di Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis….

  4. myebuzz.net says:

    Isteri Dibelasah Hingga Mati Kerana Berbual Di Telefon…

    KUANTAN, 3 Mei (Bernama) — Hanya kerana berbual di telefon dengan lelaki lain, seorang wanita dipercayai dibelasah hingga mati oleh suaminya di Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis….

Previous post:

Next post: