Dua Imam Muda Berpeluang Lanjut Pelajaran Di Universiti Madinah

by Fizz on July 26, 2010

SHAH ALAM, 26 Julai (Bernama) — Dua finalis program realiti Imam Muda bakal menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu).

Mereka ialah Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27.

Muhammad Asyraf berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya manakala Hizbur Rahman berkelulusan Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Yayasan Antarabangsa Al-Madinah, Bahrudin A Rahman di sini Isnin sempena kunjungan kedua-dua Imam Muda berkenaan ke kampus Mediau di sini hari ini.

“Yayasan akan menanggung semua kos pengajian kedua-dua finalis ini dan akan memberi sepenuh kebebasan untuk mereka memilih bidang pengajian yang ditawarkan di Mediu.

“Apa yang penting ialah mereka dapat menyambung pengajian mereka. Berapa pun kos yang perlu dibayar, kami akan tanggung,” katanya.

Di Malaysia, Mediu mempunyai cawangan di Shah Alam selaku ibu pejabatnya dan satu lagi cawangan di Kota Baharu, Kelantan.

Selain itu, ia mempunyai cawangan antarabangsa di Indonesia, Singapura, Thailand, Kuwait, Arab Saudi, United Kingdom dan yang terbaru di Maghribi.

Penerbit Astro Raja Idham Raja Mohamad berkata tawaran pengajian itu merupakan antara hadiah utama bagi peserta Imam Muda musim ini.

Beliau berkata walaupun kedua-dua peserta itu bakal terikat dengan kontrak bersama Astro selepas tamat program tersebut, namun pihaknya akan memperuntukkan masa kepada kedua-duanya bagi melanjutkan pengajian.

Astro memperkenalkan program Imam Muda menerusi Saluran 106 Astro Oasis.

Bagi Muhammad Asyraf dan Hizbur Rahman, kedua-duanya merasa bersyukur dengan peluang yang diberikan itu kerana memang menjadi hasrat mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Melanjutkan pengajian memerlukan kos yang tinggi, jadi apabila Mediu tawarkan kepada kami ia adalah sesuatu yang sangat bermakna,” kata Muhammad Asyraf.

@ BERNAMA

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Trackbacks

  1. Mr.Bintang says:

    Am : Dua Imam Muda Berpeluang Lanjut Pelajaran Di Universiti Madinah http://bit.ly/cz0dbO

  2. Mr.Bintang says:

    Am : Dua Imam Muda Berpeluang Lanjut Pelajaran Di Universiti Madinah http://bit.ly/cz0dbO

Previous post:

Next post:

H1N1 : Korban ke-9
H1N1: Angka kematian seluruh dunia hampiri 1,800
TM: Projek HSBB Sedia Untuk Pelancaran Komersil Pada Suku Pertama
[Gambar] Gerhana Matahari Separa (15 Januari 2010) di Malaysia
Medan Perang Politik Malaysia Beralih Ke Internet