Jet Li warga Singapura

Post image for Jet Li warga Singapura

SINGAPURA: Bintang aksi Jet Li secara umum mengesahkan semalam beliau sudah menerima kewarganegaraan Singapura kerana ketidakhadiran paparazi di republik itu.

Pelakon yang terkenal dengan watak hero Kung Fu itu berkata, beliau mahu anaknya menerima pendidikan dwibahasa di Singapura.
“Anak saya boleh mendapatkan pendidikan dwibahasa dengan kestabilan sosial dan anak saya tidak akan diganggu wartawan dan pemberita,” katanya dalam bahasa Mandarin.
Li turut melahirkan perasaan terhibur dengan minat masyarakat umum terhadap perpindahan terbarunya itu.

“Agak lucu kerana saya sudah memegang pasport Amerika Syarikat dan tinggal di Amerika selama 20 tahun dan tiada siapa menyatakan apa-apa mengenainya,” katanya.

“Kini saya datang ke Singapura dan semua orang tertanya-tanya mengapa saya datang ke sini.”

Li yang dilahirkan di Beijing tidak menyatakan sama ada beliau sudah membatalkan kewarganegaraan Amerika dan China, namun Singapura melarang warganya daripada memegang dua kerakyatan serentak.
Beliau berkata, pihaknya mengambil keputusan berpindah ke sini kerana keselamatan dan sistem pendidikan, yang meletakkan penekanan sama rata berhubung pengajaran dalam bahasa Inggeris dan Cina. – Agensi

BHARIAN.COM.MY

Trackbacks

Previous post:

Next post: