70 Peratus Kawasan Di Kelantan Bakal Nikmati Jalur Lebar Lebih Laju

KOTA BAHARU, 16 Ogos (Bernama) — Kira-kira 70 peratus kawasan di Kelantan akan menerima liputan perkhidmatan jalur lebar yang lebih pantas apabila kerja teknikal siap dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains Teknologi negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata kemudahan itu disediakan kerajaan negeri menerusi syarikat Infra Quest dengan kerjasama YTL Communication Berhad.

Apabila siap kelak, rakyat Kelantan akan berupaya menerima perkhidmatan jalur lebar yang lebih cepat untuk akses internet selepas Pulau Pinang dan Johor, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata kemudahan itu juga diharap dapat meningkatkan penggunaan dan pengetahuan mengenai teknologi komunikasi dan maklumat pada kalangan rakyat Kelantan yang pada masa ini masih rendah berbanding negeri lain.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Fadzli berkata kerajaan negeri akan memperkenalkan anugerah kepada wartawan yang bertugas di negeri itu bermula tahun ini sebagai menghargai jasa dan khidmat mereka.

KELANTAN-WIFI 2 (AKHIR) KOTA BAHARU

“Langkah ini juga dapat merapatkan hubungan wartawan dengan pentadbiran kerajaan negeri dalam membangunkan minda rakyat melalui peranan masing-masing,” katanya.

Beliau juga berkata mulai tahun ini, kerajaan negeri tidak akan menghantar surat jemputan khas untuk menghadiri majlis perjumpaan anak Kelantan di perantauan sempena Aidilfitri, sebaliknya jemputan dibuat menerusi laman sosial Fecebook.

– BERNAMA

Trackbacks

  1. 70 Peratus Kawasan Di Kelantan Bakal Nikmati Jalur Lebar Lebih Laju http://t.co/VvNG7UR

Previous post:

Next post: