Esok Raya!!

by Fizz on August 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Selasa, 30 Ogos 2011,” katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

– BERNAMA

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Previous post:

Next post:

Earth Hour 2009, Done it! ;)
H1N1 : Kanak-kanak 5 tahun korban ke-15 - BH
Blogger Boy Kembali Di 8TV!
Influenza H1N1 Meningkat Purata 50 Kes Positif
Bayi Empat Bulan Maut Dipercayai Tersedak Susu