Maybank Tawar Biasiswa Penuh Kepada 20 Pelajar Bernilai RM3.54 Juta

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Maybank buat julung kali menawarkan biasiswa penuh berjumlah RM3.4 juta kepada 20 pelajar tempatan melanjutkan pengajian mereka di pusat pengajian tinggi (IPT) utama dunia.

Antara IPT berkenaan ialah Imperial College London, London School of Economics, University of Chicago, Amerika Syarikat dan University of Melbourne di Australia.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata pihaknya, yang menyambut ulang tahun ke-39 skim biasiswa Maybank tahun ini, menawarkan biasiswa penuh dan pertama kali untuk pengajian di luar negara.

Bercakap pada majlis penyampian biasiswa di sini Selasa, beliau berkata biasiswa itu ditawarkan berdasarkan merit dan pelajar yang memerlukan.

Maybank kini mempunyai 125 pelajar di bawah skim biasiswa tempatan dan sehingga ini, bank tersebut telah menaja lebih 1,000 pelajar.

– BERNAMA

Trackbacks

  1. Maybank Tawar Biasiswa Penuh Kepada 20 Pelajar Bernilai RM3.54 Juta http://t.co/7jurU4t

Previous post:

Next post: