Perlawanan Persahabatan Malaysia-Oman Ditunda

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Oman yang dijadual 10 Ogos ini telah ditunda.

Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini berkata sementara menanti tarikh baru yang akan ditetapkan, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad “The Red Giants” Selangor.

Perlawanan persabahatan Harimau Malaya-Selangor itu akan diadakan pada pukul 10 malam, Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Seramai 25 pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan persediaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Oman melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya.

– BERNAMA

Trackbacks

  1. Mr.Bintang says:

    Perlawanan Persahabatan Malaysia-Oman Ditunda http://bit.ly/qL2jVM

Previous post:

Next post: