Pengasas Apple Steve Jobs meninggal dunia

by Fizz on October 6, 2011

CUPERTINO (California): Apple berkata pengasas syarikat gergasi komputer dan teknologi maklumat itu, Steve Jobs meninggal dunia hari ini.

Beliau berusia 56 tahun.

Dalam satu kenyataan ringkas, Jobs meninggal dunia pagi ini selepas bergelut dengan penyakit kanser pankreas sejak sekian lama. – AP

Pemergian Steve Jobs tinggalkan kesan berzaman: Bill Gates

SAN FRANCISCO: Kematian pengasas Apple, Steve Jobs akan memberi kesan kepada dunia untuk tempoh yang lama, kata pengasas Microsoft, Bill Gates.

Beliau menyifatkan kematian Jobs hari ini sebagai satu kehilangan yang menyedihkan dan menyifatkan persahabatan antara mereka sebagai penghormatan yang tiada ternilai.

“Steve dan saya kali pertama bertemu hampir 3 lalu dan sehingga itu menjadi sahabat baik, rakan pesaing hampir separuh daripada hidup kami,” katanya.

“Dunia jarang mempunyai seseorang yang mempunyai kesan yang besar seperti yang dimilik Steve, kesan yang akan dirasai berzaman lamanya,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP

@bharianmy

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Trackbacks

  1. Pengasas Apple Steve Jobs meninggal dunia http://t.co/YT43Mbz3

Previous post:

Bola Sepak Malaysia Menentang Laos Mungkin Disiar Secara Langsung
Kos ucapan Blair seminit RM11,099
Gempa sederhana gegar China
Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor
JPJ Terus Menyamar Penumpang Bas Ekspres Bagi Cegah Kemalangan