Am

Remaja Perempuan Mati Dibakar Ketika Masih Hidup

September 7, 2011

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — Polis tidak menolak kemungkinan remaja perempuan yang ditemui mati dalam keadaan 80 peratus rentung di tepi jalan berhampiran sebuah loji kumbahan di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang Isnin dibakar ketika masih hidup. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata hasil bedah siasat mendapati tiada kesan luka pada [...]

1 comment Read the full article →

Esok Raya!!

August 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan [...]

1 comment Read the full article →

Maybank Tawar Biasiswa Penuh Kepada 20 Pelajar Bernilai RM3.54 Juta

August 17, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Maybank buat julung kali menawarkan biasiswa penuh berjumlah RM3.4 juta kepada 20 pelajar tempatan melanjutkan pengajian mereka di pusat pengajian tinggi (IPT) utama dunia. Antara IPT berkenaan ialah Imperial College London, London School of Economics, University of Chicago, Amerika Syarikat dan University of Melbourne di Australia. Ketua Pegawai Eksekutif [...]

1 comment Read the full article →

JPJ Terus Menyamar Penumpang Bas Ekspres Bagi Cegah Kemalangan

August 16, 2011

LUMUT, 16 Ogos (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menempatkan pegawai penguatkuasa menyamar sebagai penumpang bas ekspres dalam usaha memantau dan memastikan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan mengikut peraturan, kata kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. Beliau berkata penyamaran itu akan dijalankan sepanjang Operasi Bersepadu Musim Perayaan Aidilfitri dari 14 Ogos hingga 14 [...]

1 comment Read the full article →

70 Peratus Kawasan Di Kelantan Bakal Nikmati Jalur Lebar Lebih Laju

August 16, 2011

KOTA BAHARU, 16 Ogos (Bernama) — Kira-kira 70 peratus kawasan di Kelantan akan menerima liputan perkhidmatan jalur lebar yang lebih pantas apabila kerja teknikal siap dalam masa terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains Teknologi negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata kemudahan itu disediakan kerajaan negeri menerusi syarikat Infra Quest dengan kerjasama YTL Communication Berhad. [...]

1 comment Read the full article →

Jumlah Pemilih Berdaftar Lebih 12 Juta Orang – SPR

August 16, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setakat ini ialah lebih 12 juta, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR dalam kenyataan berkata jumlah itu termasuk Daftar Pemilih Induk Tahun 2010 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 (DPT ST2/2011) yang akan diwartakan Selasa. Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun [...]

1 comment Read the full article →

Larangan Guna Pembesar Suara Untuk Bacaan Quran Sebelum Subuh Di P.Pinang Bukan Fatwa

August 15, 2011

GEORGE TOWN, 15 Ogos (Bernama) — Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad Isnin berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih. Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan [...]

1 comment Read the full article →

Kanak-kanak 4 Tahun Hilang Jari Hantu Akibat Mercun

August 10, 2011

KOTA BAHARU, 10 Ogos (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hilang satu jari hantu tangan kirinya dan melecur di tangan apabila mercun bola yang dicucuhnya meletup di dalam tangan dalam kejadian di Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang, Selasa. Syahir Saifullah Jefri merupakan mangsa keenam yang cedera akibat mercun bola di negeri ini bulan [...]

2 comments Read the full article →

Budak Lapan Tahun Mangsa Pertama Cedera Akibat Mercun Di Kedah

August 8, 2011

ALOR SETAR, 8 Ogos (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun cedera di muka selepas terkena mercun bola semasa bermain bersama abangnya dan beberapa jiran mereka di Taman Teja, Changlun petang Sabtu lepas. Mangsa Fakhrul Danish Fadzil, pelajar darjah dua Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Kemara, Changlun dikatakan duduk melihat mercun yang tidak meletup sebelum [...]

1 comment Read the full article →
H1N1 : Pahang Catat Korban Pertama H1N1
Dua surau di Muar cuba dibakar
Pelajar maut digilis bas
Lotus Racing Terus Mempamerkan Peningkatan Di Litar Sepang
Mangsa gas pemedih mata meninggal