Ekonomi

Unit Proton, Group Lotus Beli Ekuiti Dalam Pasukan F1 Renault

December 8, 2010
Thumbnail image for Unit Proton, Group Lotus Beli Ekuiti Dalam Pasukan F1 Renault

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Anak syarikat Proton, Group Lotus plc akan membeli sebahagian besar kepentingan dalam pasukan F1 Renault yang akan dinamakan semula sebagai pasukan Lotus Renault GP, bermulanya daripada musim Formula 1 2011 dan tahun-tahun seterusnya. Kenyataan daripada syarikat lumba terkemuka UK yang mengumumkan pengambilalihan daripada kumpulan pelaburan Genii Capital berpangkalan di [...]

1 comment Read the full article →

TM: Projek HSBB Sedia Untuk Pelancaran Komersil Pada Suku Pertama

January 15, 2010

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) — Telekom Malaysia Bhd (TM) telah bersedia untuk melancarkan secara komersil projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB)nya pada akhir suku pertama tahun ini. Dalam satu kenyataan di sini Jumaat, TM berkata kerja-kerja pembangunan infrastruktur sedang berjalan lancar dan kini melewati lingkaran dalam Lembah Klang ke Putrajaya dan rantau ekonomi selatan [...]

2 comments Read the full article →

P1 Lancar Perkhidmatan WiMAX Di Sabah Dan Sarawak Menjelang Julai

December 15, 2009

KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) — Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) menjangka melancarkan perkhidmatan WiMAXnya di Sabah dan Sarawak seawal bulah Julai tahun depan. Naib presiden (pejabat korporat) Ir Ismail Haron berkata syarikat telah mengenalpasti 48 tapak di Sabah untuk pelaksanaan pada tahun 2010 dan 58 pada tahun 2011, dan ini termasuklah Kota [...]

1 comment Read the full article →

Petronas, Shell Peroleh Hak Bangun Lapangan Minyak Di Iraq

December 12, 2009

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Syarikat minyak terbesar Eropah, Royal Dutch Shell dan syarikat petrolum Malaysia, Petronas pada Jumaat memperoleh hak untuk membangunkan satu daripada lapangan minyak terbesar yang masih belum diteroka di Iraq, ketika negara itu mengadakan bidaan kedua kontrak minyak sejak penaklukan Amerika Syarikat pada 2003. Menurut laporan agensi berita Reuters di [...]

2 comments Read the full article →

122 Kediaman Terlibat Dalam Percubaan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM

December 11, 2009

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — TM berada di landasan yang betul untuk menawarkan perkhidmatan HSBB secara komersial di Bangsar, Taman Tun Dr. Ismail, Subang Jaya dan Shah Alam pada akhir suku pertama, 2010. TM berkata 122 kediaman di Bangsar, Taman Tun Dr. Ismail, Subang Jaya dan Shah Alam kini terlibat di dalam percubaan perkhidmatan [...]

0 comments Read the full article →

P1, MIMOS Mula Ujian Langsung Jen-ii Di Chini Timur

December 9, 2009

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) bergabung dengan MIMOS Bhd untuk memulakan ujian langsung Jen-ii (Jendela Informasi Internet) di Chini Timur. “Kerjasama ini membolehkan P1 mengembangkan capaian Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC) P1 yang konsepnya sudah terbukti, ke rumah-rumah terpilih di Chini Timur,” kata WiMax, syarikat telekomunikasi (telco) [...]

0 comments Read the full article →

P1 Dapat Projek USP Lebih RM41.5 Juta

December 2, 2009

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menawarkan tender projek “Universal Service Provision (USP)” yang bernilai lebih RM41.5 juta kepada anak syarikat Green Packet Bhd (Green Packet), Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1). Green Packet berkata kontrak itu “bagi menyediakan jalur lebar ke kawasan kurang liputan di Malaysia,” “Di [...]

1 comment Read the full article →

Proton Dan Perodua Harapkan MPV Untuk Tingkat Jualan

November 24, 2009

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Perodua Isnin melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV), ALZA, tujuh bulan selepas Proton melancarkan MPVnya, EXORA. Bagi kedua-dua pengarah urusan syarikat pengeluar kereta tempatan itu, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang mengetuai Proton manakala Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar yang menerajui Perodua, persaingan kini sama bagi pasaran MPV. [...]

0 comments Read the full article →
JLBM 2009 #3 : Aku, Kutukan Dan Kritikan
Sepandai² 'burung' terbang, akhirnya kantoi juge... hehehe...
Tiger Woods 'berselera' sepanjang malam: Jolie
Pegawai Kastam Ditemui Mati Di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan
Harapan Skuad Bola Sepak Malaysia Ke Suku Akhir Terkubur